IRAN DISERANG LAGI
الحمد
لله القائل
ﵟوَإِذَا
قِيلَ لَهُمۡ لَا تُفۡسِدُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ قَالُوٓاْ إِنَّمَا نَحۡنُ
مُصۡلِحُونَ ١١ أَلَآ إِنَّهُمۡ هُمُ ٱلۡمُفۡسِدُونَ وَلَٰكِن لَّا يَشۡعُرُونَ
١٢ ﵞ
Dan apabila dikatakan kepada mereka,
janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi, mereka berkata hanyasanya kami
melakukan pembaikan. Ketahuilah bahawa
merekalah sesungguhnya golongan yang melakukan kerosakan. Dan akan tetapi
mereka tidak merasainya. (al-Baqarah: 11-12.
اَشْهَدُ اَنْ لاَ الــهَ اِلاَّ الله
وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ,
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ
وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ
الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ
الْمُتَّقُوْنَ.
Sidang Jumaat
yang dirahmati Allah,
Kenyataan Allah yang dibacakan dalam
ayat di atas benar-benar menepati sifat dan perangai Amerika Syarikat yang
sentiasa melindungi Israel laknatullah yang mengganas dan melakukan kerakusan
dalam berbuat apa sahaja sekehendak hatinya terhadap dunia. Walaubagaimanapun sedemikian
kejinya, mereka menggambarkan kepada dunia bahawa merekalah yang sebenarnya yang
disakiti dan Umat Islam dipaksa menerimanya serta dipaksa membodohkan diri
menerima skrip yang mereka reka dan melakonkan watak yang mereka tempa.
Hadhirin yang dirahmati Allah,
28 Februari 2026,
sekali lagi Amerika Syarikat menjadi dalang dan tulang belakang kepada Israel
laknatullah menyerang Iran. Mereka pernah melakukannya pada Jun 2025. Mereka
kononnya menyerang kemudahan nuklear Iran sehingga mencetuskan perang singkat
selama 12 hari. Di dunia ini hanya mereka dan pihak yang mereka restui sahaja
yang boleh memiliki senjata pemusnah untuk mereka gunakan bagi memusnahkan
sesiapa sahaja yang mereka benci, sedangkan pihak lain tidak layak memilikinya
walaupun untuk mempertahankan diri.
Hadirin yang dirahmati Allah,
Dunia dipaparkan dengan
sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh dalam serangan Israel ke atas sekolah
rendah perempuan Shajareye Tayabeh di Minab, selatan Iran. Malah Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali
Khamenei turut terbunuh bersama anggota keluarganya. Namun Iran hanya
menghantar peluru berpandu balistik dan supersoniknya bagi memusnahkan
pengkalan tentera Amerika Syarikat di negara-negara jiran dan kemudahan
ketenteraan di Israel.
Muslimin
yang dirahmati Allah,
Dunia
hari ini sedang menyaksikan sandiwara yang amat sukar bagi kebanyakan umat
Islam di seluruh dunia. Manusia semakin keliru dalam membezakan antara baik dan
jahat, antara perang dan keganasan, antara jihad dan jahat.
Dunia
hari ini bukan lagi dunia yang dikuasai oleh kepimpinan dan ketuanan Islam,
tetapi dicernakan dan diaturkan oleh dunia barat yang penuh kepalsuan. Sekian
lama dunia Islam menghadapi penginayaan dan penindasan, namun Islam juga yang
masih menjadi musuh utama alam sejagat. Umat Islam masih dilihat sebagai umat
yang sukakan keganasan walaupun di mana-mana kita melihat Umat Islamlah yang
menjadi mangsa keganasan.
Ketika
rakyat Gaza disembelih, dunia masih sibuk mempersalahkan perjuangan Hamas. Ironinya
Amerika Syarikat dan Israel berterusan sehingga kini bermaharajalela memerangi
seluruh dunia tanpa sebarang kecaman dan kajian. Amerika Syarikat sejarahnya
pernah menyerang Iraq(2015), Syria(2011), Libya(2011), Haiti(2010), Yemen(2009
dan 2015), Somalia(2007), Haiti(2024), Liberia(2003), Filipina(2002) dan
beberapa buah negara lain.
Muslimin
yang dirahmati Allah,
Dunia
sentiasa mengharapkan Islam menjadi penyelamat daripada kerakusan kuasa-kuasa
besar. Sejarah pernah melihat bagaimana Islam menyelamatkan dunia daripada
kerakusan Moghol yang hamper menjarah seluruh dunia. Ironinya, Umat Islam hari
ini amat lemah dan terlalu bergantung kepada orang lain dan semakin jauh
daripada ajaran Allah. Umat Islam hari ini tidak mempunyai sebab dan musabab
bagi melayakkan kita menerima bantuan dan pertolongan Allah bukan Sahaja
mempertahankan diri apatah lagi nak menyelamatkan generasi.
Muslimin
yang dirahmati Allah,
Sebenarnya, tidak banyak
beza Umat Islam di awal kenabian dengan umat Islam hari ini. Umat Islam berada
di dalam kedudukan yang lemah dan ditindas oleh kafirin dan munafikin tanpa
sebarang pembelaan dunia. Umat Islam mempunyai persenjataan yang begitu kerdil
berbanding persenjataan musuh.
Bezanya adalah Umat Islam di zaman Rasulullah
saw berserah sepenuhnya kepada Allah dan Rasulnya tanpa sedikitpun meletakkan
maruah mereka kepada musuh. Setiap pengkhianatan tiada kemaafan dan dihapuskan
hingga ke akar umbinya. Negara musuh disantuni
atas tujuan dakwah jauh sekali daripada ditakuti. Pertolongan Allah
datang dengan jalan yang tidak disangka-sangka. Akhirnya Islam berjaya
menguasai dunia dan dunia mengenali keadilan, ketenangan dan keamanan yang tak
pernah mereka kecapi sebelumnya.
Muslimin
yang dirahmati Allah,
Sebahagian besar Umat
Islam hari ini sibuk menjaga kebajikan dan pelaburan disamping mengejar
keredhaan barat. Pemerintah Umat Islam selesa menzolimi dan menganiaya
rakyatnya tetapi melutut di hadapan pemerintah negara asing. Usahkan nak
menghukum kebiadaban sejagat terhadap Islam bahkan kebiadaban terhadap Islam di
dalam negara sekalipun gagal diberikan hukuman yang setimpal. Bagaimanakah
pertolongan Allah akan kita nikmati sedangkan kita sendiri tidak bersungguh
dalam menolong agama Allah.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Pihak
lain tidak pernah takut dan bimbang untuk memerangi dan menganiayai Umat
Islam.Mereka amat sedar bahwa Umat Islam tidak akan menganiayai pihak lain dan
akan memaafkan apa sahaja kesalahan pihak lain terhadapnya. Hakikatnya
kebanyakan Umat Islam melupakan arahan Allah swt:
ٱلشَّهۡرُ
ٱلۡحَرَامُ بِٱلشَّهۡرِ ٱلۡحَرَامِ وَٱلۡحُرُمَٰتُ قِصَاصٞۚ
فَمَنِ ٱعۡتَدَىٰ عَلَيۡكُمۡ فَٱعۡتَدُواْ عَلَيۡهِ بِمِثۡلِ مَا ٱعۡتَدَىٰ
عَلَيۡكُمۡۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلۡمُتَّقِينَ
١٩٤ﵞ
Bulan haram
dengan bulan haram, dan segala yang dihormati itu ada hukum balasannya (qisas).
Maka sesiapa yang menyerang kamu, maka seranglah dia seimbang dengan
serangannya terhadap kamu.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Pihak
yang berperang akan terus berperang. Kita yang tidak terlibat dengan sebarang
peperangan turut mempunyai peranan yang bukan sedikit untuk berjuang dan
memartabatkan Islam. Kita wajib membantu memperkuatkan saudara seagama kita dan
berusaha melemahkan musuh Allah seperti Israel dan Amerika Syarikat. Kempen BDS
atau boikot barangan dan Syarikat yang bersekongkol dengan US dan Israel wajib
diteruskan dan dipertingkat. Kita melihat musuh Islam sering mengambil
kesempatan berperang atau menyerang Umat Islam sempena Bulan Ramadan. Musuh
tidak pernah bertanya apakah kita sunni atau syiah, wahabi atau ahli sunnah
tatkala nak menyerang kita. Maka kita kurangkanlah perselisihan antara sesama
kita. Perpaduan dan persaudaraan Islam tidak memerlukan mana-mana pihak
mencairkan pegangan dan fahaman masing-masing tetapi cukuplah sekadar saling
menghormati perbezaan masing-masing. Sejahat manapun saudara kita di mata kita,
tidak akan sejahat Israel dan Amerika Syarikat yang tidak pernah melepaskan
peluang menghapuskan umat Islam.
بَارَكَ اللهُ
لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ , وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ
مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ , وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ
تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ , أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا
وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ
وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا
فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ
KHUTBAH KEDUA
اَلْحَمْدُ
لله حَمْدًا كَثِيْرًا طَيِّباً مُبَاركَاً فِيْهِ,
اَشْهَدُ اَنْ لاَ الــهَ اِلاَّ الله
وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ,
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ
وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ
الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ
الْمُتَّقُوْنَ. قال
الله تعالى:
وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ
بَعۡضَهُم بِبَعۡضٖ لَّهُدِّمَتۡ
صَوَٰمِعُ وَبِيَعٞ وَصَلَوَٰتٞ
وَمَسَٰجِدُ يُذۡكَرُ فِيهَا ٱسۡمُ ٱللَّهِ كَثِيرٗاۗ
وَلَيَنصُرَنَّ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ٤٠
Dan sekiranya Allah tidak menolak (keganasan)
sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, nescaya telah dirobohkan
biara-biara, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat Yahudi dan masjid-masjid yang di
dalamnya banyak disebut nama Allah. Dan sesungguhnya Allah pasti menolong orang
yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha
Perkasa.”
Muslimin yang dirahmati Allah,
Masyarakat
dunia terlalu dahagakan keadilan dan kebebasan Islam. Dunia memberikan
kepercayaan sepenuhnya kepada kepimpinan Islam walaupun Umar Al-Khattab
merupakan seorang pemimpin yang zuhud yang tinggal di rumah yang buruk dan
memakai pakaian yang bertampal, namun keberanian, ketegasan dan keyakinannya
melaksanakan Islam dihormati oleh penduduk dunia dan masyarakat antarabangsa .
Sidang
Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Segala
kekalutan seperti ini tidak akan berlaku jika Islam menguasai dunia. Dunia hari
ini akan aman jika Islam diberi peranan yang secukupnya. Umat Islam mestilah
mengembalikan jati diri dan berusaha mendapatkan kembali السيادةatau ketuanan Islam bagi
memimpin dunia. Marilah kita kembali menghayati pendirian yang seharusnya ada
pada umat Islam sebagaimana Allah menggambarkan dalam surah al-Fath ayat 29 :
مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ
مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعًا
سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي
وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذَلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ
وَمَثَلُهُمْ فِي الإِِنْجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ
فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ
الْكُفَّارَ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
مِنْهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا
Muhammad
adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras
terhadap orang-orang kufur, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat
mereka rukuk dan sujud mencari kurniaan Allah dan keredhaannya. Tanda-tanda
mereka nampak dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan
Injil, iaitu seperti tanaman yang kuat , lalu menjadi besarlah dia dan menjadi
tegak lurus di atas pokoknya, tanaman itu menyenangkan hati penanamnya kerana
Allah menjengkilkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang
mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal
yang salih di antara mereka keampunan dan pahala yang besar.
Ya
Allah! Ya Mannan! Ya Razzaq!, berkatilah hambaMu yang melaksanakan zakat, wakaf
dan sedekah. Kurniai mereka rezeki berlipat ganda, sucikanlah harta dan jiwa
mereka; jauhi golongan fuqara dan masakin daripada kekufuran dan kefakiran yang
berpanjangan.
Ya
Allah berilah petunjuk dan kekuatan bagi mereka yang menguruskan zakat dan
segala bantuan bagi melaksanakan kutipan dan agihan sebagaimana yang telah
Engkau tentukan.
Ya
Mu’min! Ya Muhaimin! Jauhi kami daripada kemurkaan Mu; jauhi kami daripada
termasuk dalam kalangan orang-orang yang terhalang mendapat nikmat Mu; jauhi
kami daripada kesengsaraan, bencana dan malapetaka. Jauhi kami daripada
kejahilan dan kezaliman. Limpahi rahmat Mu agar negara kami berada dalam
keadaan selamat dan makmur, rakyatnya hidup dalam suasana aman dan muhibah. Ya
Maalikal Mulk!, Lantiklah untuk urusan kami, orang-orang yang terbaik dalam
kalangan kami. Jangan Engkau lantik untuk urusan kami, orang-orang yang
terburuk dalam kalangan kami.
Ya
Muiz! Ya Adzhiim! Ya Kabiir!, kurniakanlah taufik dan hidayah Mu terhadap raja
kami, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan
Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Al-Maghfur-Lah, dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta
kerabat diraja dan seluruh rakyat jelata.
ربنا
آتنا فى الدنيا حسنة وفى الآخرة حسنة وقنا عذاب النار……..
No comments:
Post a Comment