Thursday, February 5, 2009

Himpunan Selamatkan Rakyat

Perak Darul Ridzuan adalah sebuah negeri berdaulat yang mempunyai berbagai keistimewaan. Berbagai perkara penting dalam negara bermula di negeri tercinta ini. Rakyat Perak Darul Ridzuan berbangga dengan Kerajaan Pakatan Rakyat yang mampu menyatupadukan seluruh rakyat jelata bernaung di bawah pemerintahan bersama. Berbagai kezaliman dan penyelewengan silam telah menjadi catatan sejarah. Pegawai-Pegawai Agama di seluruh Negeri Perak Darul Ridzuan bertanggungjawab mempertahankan pemerintahan Pakatan Rakyat ini. Doa dan harapan seluruh rakyat seharusnya menyedarkan kita agar menolak "Kerajaan Katak" yang dirancang untuk ditubuhkan oleh Barisan Nasional. Cukuplah sekian lama kita ditindas dan diperbodohkan. Gabungkanlah diri bersama rakyat atau sebarkanlah maklumat sekadar terdaya.
PERHIMPUNAN 100 RIBU RAKYAT
MENYOKONG KEPIMPINAN PAKATAN RAKYAT
TEMPAT:
KEDIAMAN RASMI MB PERAK

TARIKH:
5 FEBRUARI 2009 (KHAMIS)

WAKTU:
7.00 MALAM HINGGA 11.00 MALAM

SOLAT MAGHRIB, BACA YASIN, SOLAT ISYAK, SOLAT HAJAT & CERAMAH
TURUT HADIR :
DS ANWAR IBRAHIM
SEMUA MENTERI BESAR & KETUA MENTERI PAKATAN RAKYAT
SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Sunday, February 1, 2009

Situasi seperti ini mungkin suatu yang amat ganjil suatu masa lalu. Kehadiran pejuang bahasa dan tokoh-tokoh elit dalam program pelancaran Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) di Sogo termasuk Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said, Prof. Awang Sariyan, Dato' Dr Anwar Ridhuan, penyair Dinsman, bekas profesor bahasa Dr Abdullah Hassan dan bekas profesor falsafah sains Dr Shahrir Md Zain, Hasni Abas serta penulis Ainon Mohd adalah merupakan sejarah yang sukar untuk diramalkan. Sebahagian mereka mungkin tidak terlibat malah mungkin menggeleng kepala melihat perarakan politik yang dianjurkan oleh pembangkang selama ini. Gelengan kepala mereka mungkin berbeza dengan gelengan orang awam yang merungut hanya akibat kesesakan lalulintas akibat perarakan tersebut. Di fikiran mereka mungkin menganggap penganjur demontrasi jalanan ini sebagai kurang bijak dan tiada hikmah dalam bertindak. Mereka lebih merasakan ketinggian daya intelek mereka menyebabkan mereka meyakini kehebatan kaedah perjuangan mereka dengan mendampingi pemimpin negara. Selain suara mereka lebih didengar mungkin labanya juga dapat dirasai bersama. Mereka mungkin sahaja sama pemikirannya seperti Tun Dr. Mahathir yang marah dengan demonstrasi jalanan ketika memerintah namun mengharapkan bantuan golongan yang suka berdemonstrasi untuk mengumpulkan rakyat ketika hak bersuara di media massa dinafikan. Tun Dr. Mahathir sentiasa mengarahkan FRU untuk menggunakan gas pemedih mata ketika berkuasa lalu sebelum merasai sendiri kepedihannya setelah hilangnya kuasa.
Maka apakah kini daya intelek mereka telah mula berkurangan. Atau sahaja mungkin cara hikmah mengikut interpretasi sebelumnya sudah tidak lagi sesuai. Apabila kepentingan atau bidang perjuangan mereka terancam maka apa sahaja yang boleh membantu atau menjayakan perjuangan harus dilaksanakan. Oleh kerana kemiskinan bukan teras perjuangan mereka, maka apa dipedulikan gerakan perjuangan rakyat mengatasi kemiskinan di Baling. Oleh kerana demokrasi dan keadilan bukan agenda zohir perjuangan mereka, mana mungkin mereka harus terlibat dengan perhimpunan "BERSIH". Maka tidak hairanlah mereka hanya mampu mengumpulkan paling tidak 500 orang bagi perarakan tersebut. Mungkin wajar golongan ini melibatkan diri dengan mana -mana demonstrasi yang diadakan dari masa ke semasa.