Pihak JPA hanya menyediakan peruntukan bagi membiayai yuran pengajian bagi semua peserta. Bagi perbelanjaan makan minum dan penginapan di sana mereka hanya menaja pegawai dari JAKIM dan negeri-negeri guna sama.
Oleh yang demikian pegawai-pegawai negeri perlu memohon kepada kerajaan negeri. Permohonan boleh dikemukakan melalui beberapa kaedah :
1. Dipohon terus kepada YAB Menteri Besar Perak.
2. Dipohon kepada Pegawai Kewangan Negeri Perak.
Kedua-duanya bergantung kepada keadaan dan ada kelebihan dan risiko yang tersendiri. Ianya banyak bergantung kepada siapa yang kita kenal dan hubungan kita dengan mereka. Mintalah syafaat teman-teman dalam urusan ini.
Terdapat 2 kaedah pengiraan perbelanjaan yang telah digunapakai peserta sebelum ini. Bagi sesi yang lalu anggaran kasar daripada pihak JAKIM digunakan melibatkan kos lebih kurang RM 15,000.00. Bagi sesi tahun ini Pejabat Kewangan Negeri telah menetapkan peruntukan mengikut kelayakan sebenar. Bagi Gred 44 ke bawah tidak ada perbezaan yang ketara. Peruntukan yang diberikan adalah seperti berikut :
a. Makan Minum
RM 140.00 x jumlah hari yang terlibat.
b. Loging
RM 140.00 x jumlah hari yang terlibat.
c. Baju Panas
RM 1,500.00
d. Tiket Penerbangan
Kelayakan sebenar bagi pegawai kerajaan adalah menggunakan perkhimatan MAS dan bayaran dibuat melalui kaedah waran penerbangan. Kaedah ini melibatkan kos yang berganda berbanding kaedah pembayaran melalui pesanan kerajaan. Walaubagaimanapun bagi menjimatkan wang rakyat kelulusan khas boleh dipohon bagi mengecualikan kaedah tersebut.
No comments:
Post a Comment