Wednesday, November 2, 2011

MARI KITA SOLAT BERJEMAAH DI SURAU KOMPLEKS ISLAM

SAYA MENYERU SEMUA PENGANUT YANG BERAGAMA ISLAM YANG BERKHIDMAT DI BANGUNAN KOMPLEKS ISLAM DARUL RIDZUAN UNTUK SAMA-SAMA SOLAT BERJEMAAH ZOHOR DAN ASAR DI SURAU KITA.


SAYA MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA RAKAN-RAKAN SEKERJA DARI JABATAN PERIKANAN YANG SERING MENJADI MAJORITI DALAM MENUNAIKAN SOLAT BERJEMAAH DI SURAU KITA.


FAEDAH YANG DIDAPATI




  1. DAPAT MENUNAIKAN ARAHAN ALQURAN SUPAYA RUKU' BERSAMA-SAMA DENGAN ORANG-ORANG YANG RUKU'


  2. DAPAT MEREBUT GANJARAN BERGANDA-GANDA SEPERTI YANG DISARANKAN OLEH RASULULLAH SAW.


  3. DAPAT MEMPERTAUT KUKUHKAN SEMANGAT UKHUWWAH ISLAMIYYAH WALAUPUN BERLAINAN JABATAN TETAPI HAKIKATNYA KITA HAMBA KEPADA YANG MAHA ESA.


SERUAN INI SAYA LEBIH TUMPUKAN KEPADA ANGGOTA-ANGGOTA MAJLIS AGAMA ISLAM PERAK SEGENAP PERINGKAT PANGKAT, KEDUDUKAN DAN DARJAT; TIDAK KIRALAH SAMADA IA ADALAH DARI




  • JABATAN MUFTI


  • JABATAN AGAMA ISLAM PERAK


  • BAHAGIAN ZAKAT


  • BAITUL MAL


  • DAN YANG BERKAITAN DENGANNYA.

KERANA


TANGGUNGJAWAB MENJAGA URUSAN AGAMA DAN UMAT ISLAM YANG BERADA DI BAHU KITA AMATLAH BERAT MAKA HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH MESTILAH SENTIASA HANGAT.

1 comment:

Hamba Tuhan said...

Inilah seruan terbaik tatkala manusia masing-masing bertelagah tentang urusan dunia...

Yang menyatukan manusia adalah Allah, sebaikmanapun kita menjaga hubungan, kalau bukan dengan izin Allah, takkan berlaku penyatuan, justeru, kalau kita mengetepikan apa yang Allah suka dalam ibadah, bagaimana Allah nak berikan apa yang kita suka... Berbicaralah soal agama dan dakwah sehebat manapun, berbicaralah soal keadilan dan kebajikan sehebat manapun, tapi kalau hubungan kita dengan Tuhan tak sehebat mana, tak akan ke mana semua itu...

Kalau ibadah sekadar ala kadar, solat sendirian taknak berjemaah (yg lbh Allah suka), apa yg Allah suka pun kita tak buat, maka lupakanlah niat kita untuk mengharap orang suka dan hormat pada kita...

Sekali lagi, terimakasih atas peringatan ust Zamri, dan semoga yang lain2 tidak sekadar membaca posting ini hanya dengan ekor mata, bacalah ia dengan keinsafan di jiwa...