Tuesday, June 2, 2009

Pihak berminat boleh hantar pandangan segera - isu had subjek peperiksaan

KUALA LUMUR: Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom meminta semua pihak mengemukakan pandangan berhubung kewajaran langkah kerajaan mengehadkan maksimum 10 mata pelajaran untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi surat, faksimile dan e-mel dalam tempoh dua minggu, bermula semalam. Beliau berkata, ibu bapa, individu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik dan semua yang terbabit boleh menulis surat ke alamat Aras 8, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, 62604 Putrajaya. Selain itu, sebarang pendapat juga boleh dihantar menerusi faksimile di talian 03-88894548 atau melalui e-mel beliau sendiri, iaitu alimuddin.dom@moe. gov.my.

"Dalam tempoh dua minggu ini, saya akan mendengar pendapat semua pihak sebelum menyiapkan satu kertas kerja bagi dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Timbalan Perdana Menteri akan meneliti hasil kertas kerja itu sebelum dibentangkan kepada Kabinet bagi tindakan selanjutnya," katanya pada sidang media selepas menghadiri Konvensyen Sekolah Angkat, di sini, semalam. Konvensyen itu adalah program kerjasama antara Kementerian Pelajaran dan GITN Sdn Bhd dengan memilih 25 sekolah luar bandar bagi diberi pendedahan penggunaan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Baru-baru ini, Muhyiddin dilaporkan berkata, mulai tahun depan calon SPM hanya dibenar mengambil maksimum 10 mata pelajaran. Beliau berkata, keputusan itu akan membolehkan guru memberi tumpuan kepada pengajaran subjek teras, manakala sekolah tidak menghadapi masalah kekurangan guru bagi sesetengah mata pelajaran. Bagaimanapun, katanya, kementerian masih membuka ruang perbincangan dengan pelbagai pihak berhubung perkara berkenaan terutama membabitkan penentuan mata pelajaran teras dan elektif yang bakal diambil pelajar SPM untuk semua aliran pendidikan. Alimuddin berkata, pengumuman kerajaan mengehadkan maksimum 10 mata pelajaran untuk calon SPM bukanlah keputusan akhir, sebaliknya ruang masih dibuka bagi membolehkan semua pihak memberikan pandangan peribadi.

Katanya, pandangan semua pihak itu penting bagi memastikan sebarang keputusan yang diambil tidak memberi kesan terhadap proses pembelajaran dan masa depan pelajar. Ditanya subjek teras SPM yang akan digugurkan selaras keputusan mengehadkan maksimum 10 mata pelajaran itu, beliau berkata perkara itu masih belum diputuskan.

Ulasan

Ana mengharapkan ikhwah sekelian ...tolong timbulkan kesedaran kepada masyarakat bahayanya jika subjek Pendidikan Agama Islam dijadikan hanya sebagai subjek elektif sahaja .Maka akan terjadilah seperti satu ketika dahulu pelajar akan membuat pilihan samada mengambil subjek agama atau lukisan.Di samping itu emailkan pendapat kepada alimuddin.dom@moe. gov.my.

1 comment:

alitopan said...

Muhyiddin Yassin saja nak cari populariti...Perkara ini tak akan berlaku dan ia tau rakyat dan para cerdik pandai pasti akan menolak gagasan tersebut. Muhyiddin sekadar mau mencari helah agar isu politik Perak dikendurkan dan rakyat fokus kepada isu baru yg lebih hangat dan bebas di perkatakan..secara tak langsung dan akan meredakankan isu politik di Perak. Apabila isu ini hangat di perdebat..maka rakyat akan mengaitkan insy.raja yg memelihara agama dan bangsa Melayu..akhir nya terbias ke arah menyokong kerajaan dan Istana bagi mendukung peranan raja didalam Islam... Eh betul ke apa yg aku cakap ni....Tak kisah lah.

Walaubagaimana pun .....
pada pandangan aku sewajar nya sekolah mengajar pelajaran yg penting sahaja khas untuk kehidupan duniawi yg serba mencabar masa ini.Pelajaran agama adalah pelajaran yg bersifat siaran ulangan dan ia tetap berulang didalam ruang atau tajuk yg sama.Ada baik sijil SPM hanya menulis aggregate matapelajaran agama dari skala 1 hingga 10 tetapi mata pelajaran ini tidak mempengaruhi keputusan penuh sijil. Kesan nya amat baik semasa pelajar memohon IPT atau kerja, yg jelas memperlihatkan tahap kefahaman agama nya . Mungkin pihak IPTS saje yg mahu pelajar yg agama nya teruk dan barangkali pihak IPTA akan memastikan pelajar yg ada pengatahuan agama yg baik utk mendapat tempat di IPTA.