Tuesday, December 16, 2008

KEIKHLASAN MUTIARA YANG HILANG..

2-3 hari lepas saya baru pulang dari reunion Sekolah Men. Agama di satu sudut di Malaysia di bumi Allah swt yang cukup kaya dengan nikmat dan kekayaan ini. Pertemuan yang cuma mengambil masa hampir 4 jam itu cukup bererti dalam membangkitkan nostalgia apatah lagi hadir bersama guru-guru yang dihormati dan disayangi selalu..

Namun dalam pertemuan yang sangat sebentar itu saya terusik dengan satu perkara. Sekolah saya adalah sekolah agama rakyat. Kami diajar oleh guru-guru yang kebanyakkannya adalah orang-orang pencen..guru-guru graduan pondok.. guru yang muda belia plus & minus dengan kemudahan asas pendidikan yang minimum. Tetapi perhimpunan malam itu mencuit hati saya. Mengapa ?

Kerana bila timbunan ex-student yang hadir malam itu terdiri dari pegawai tinggi kerajaan, para profesional, businessman berjaya, usahawan dll. Mahu ketika itu saya seret manusia benak lagi goblok untuk melihat.. inilah graduan SAR yang pernah kamu kata lembab tidak mampu maju..terroris....Hairan? Bagaimana guru tidak terlatih ini boleh melahirkan anak-anak didik yang begitu boleh dibanggakan.

Saya temui jawapannya ialah pada keikhlasan. Keikhlasan dalam mendidik tanpa jemu... tanpa soal upah menjadi priority..tanpa mengira masa & tempat.. memberikan yang terbaik untuk anak didiknya.. Benar upah..kemudahan pendidikan..itu penting TAPI akhirnya keikhlasan itulah yang menjadi tunjang kekuatan untuk melahirkan insan yang berjaya hari ini. Merka bekerja dengan upah yang minimum..namun punya keikhlasan kental pada ALLah untuk melahirkan hamba dan Khalifah di muka bumi ALLah ini.

Persoalan ini..segera hinggap di minda. Bagaimana saya hari ini. Ada lagikah keikhlasan yang begitu mulia dalam menjalankan tugas pendakwah..sedang pada hari ini dakwah berjalan hebat dari segenap program dan majlis tidak putus-putus. Namun kebejatan akhlak..penceraian..jenayah..masih terus berleluasa dan tidak nampak setakat hari ini benih-benih kuncupnya. Seolah-olah dakwah saya hari ini seolah mencurah air di keladi..menulis di atas air.. Adakah saya tidak punya cukup keikhlasan dalam tugas dakwah ini. Adakah program dakwah saya sekadar memenuhi SKT..menghabiskan budget yang ada..tunjuk kebolehan pada bos. Adakah ceramah saya hari ini banyak bergantung pada nilai ’sampul raya’..claim mileage @ OT..kehadiran pendengar VIP @ orang-orang besar saja..tempat esklusif.

Persoalan ini saya kongsi bersama sahabat2..untuk kita merenung kembali di mana keikhlasan kita dalam memikul tangungjawab sebagai pegawai Agama. Alhamdulillah tugas diinstitusi agama memberikan ruang luas bagi kita memberikan sumbangan langsung pada ISLAM. Namun sejauh mana kesempatan itu mampu kita gengam dan dilaksanakan untuk ISLAM kembali. MASIH WUJUDKAH LAGI KEIKHLASAN DALAM TUGAS INI..AFALA YA’QILUN..AFALA YATADABBARUN..

No comments: