Monday, December 15, 2008

TERIMA KASIH ALLAHYARHAM UST. KHAI..

TERIMA KASIH ALLAHYARHAM UST. KHAI.. Pulangnya Allahyarham Ust. Khairuddin Bin Mohamad Isa ke Rahmatullah beberapa bulan yang lepas masih nyata didalam ingatan kami warga PPUP. Sesungguhnya pemergian Allahyarham sangat mengejutkan dan memeranjatkan, apa lagi pemergiannya dalam kejadian yang sangat menyayat hati.

Namun saya tidak berniat mahu memanjangkan kesedihan ini kerana “tentu ada rahsia disebaliknya”. Walau ungkapan ini sebenarnya begitu pahit sepahit hempedu, mahupun keras sekeras kerikil batu jika mahu ditelan, namun nyata kita manusia tidak mampu menyelak setiap helaian rahsia-rahsia qada dan qadar Allah swt.

Tetapi jauh di sudut hati saya, pemergian Allahyarham ke rahmatullah memberikan kefahaman yang lebih dalam malah lebih menyentap hati jantung saya bila saya mengingati ayat-ayat Allah SWT mahupun hadis-hadis Nabi SAW.

“…Jangan kamu katakan kepada keduanya uhh..”

Sesungguhnya ayat ini berkaitan perintah untuk mentaati kedua ibubapa dan berlaku hormat dan sopan kepada keduanya. Mengapa Allah swt memberikan penghormatan yang begitu besar pada ibubapa dan perintah untuk anak-anak dalam bentuk yang sangat tegas ini? Seketika saya melihat apa yang telah dikorbankan oleh Allahyarham untuk anak-anak..saya difahamkan oleh ALLah swt Yang Maha Adil untuk meletakkan penghormatan itu pada tempatnya. Bagaimana demi tangungjawab untuk anak-anak..bagi melihat mereka membesar sebagai hamba Allah yang berilmu, beriman dan bahagia serta sihat, beliau mengorbankan waktu, tenaga dan akhirnya nyawanya. Maka tidak hairan jika penghormatan yang begitu besar diberi ALLah swt kepada Ibu bapa.

”...imbalan untuk mereka yang bekerja mencari rezki utk famili..”

Kenangan bersama Allahyarham ketika beliau menceritakan kesibukannya bekerja bagi menyara keluarga..jam 8.00 pg di pejabat..malam pula mengajar.. kemudian bergegas pula ke petrol station..pagi jam 7 pulang ke rumah..untuk bersiap ke pejabat. Saya yang hanya mendengarnya saja sudah cukup letih. Namun di akhir hayatnya, beliau bukan saja sibuk dengan kerja-kerja tadi, malah bertugas sebagai imam, pengerusi AJK surau dan berusaha meningkat diri dengan menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah. Tidak pernah pula saya dengar keluh kesah beliau, sebaliknya tahmid ucapan syukur pada Allah yang sentiasa memberikan ruang rezeki ketika diperlukan. Subhanallah..rupanya begitu pengorbanan seorang ayah dan suami mahu menyara keluarga..maka memang layak Allah meletakkan imbalan yang begitu istimewa untuk si Ayah mahupun suami.

Semoga Allah swt memberikan kita kefahman dalam agama ALLah yang mulia ini. Bak kata Pak hamka ..dunia ini ibarat kitab besar..namun saya juga berdoa agar kefahaman itu tidak terlewat sebelum..yang datang pergi..yang berdiri terbaring..yang hidup mati..ALLhumma faqqihna fi din..amin..dan syukran laka ya ahki karim.. Allahyarham Ust. Khai..af-fatihah.

No comments: