Tuesday, December 22, 2009

ADUN Slim River Berniat Jahat

Persatuan Pegawai-Pegawai Ugama Perak (PPUP) merasa amat kesal dengan dakwaan biadab ADUN Slim River yang menuduh Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Dato’ Mohamad Nor Mansor cuba bermain politik dalam soal perlantikan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid di seluruh negeri, dengan membelakangkan senarai yang telah diperkenankan oleh DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAMP).



Malah lebih keterlaluan apabila beliau mengatakan bahawa Modus operandi Pengarah JAIP adalah dengan mengarahkan PTA supaya memotong nama-nama yang telah diperkenankan oleh DYTM Tuanku Raja Muda dan memasukkan nama-nama pemimpin Pas sebelum senarai itu dihantar semula ke pejabat JAIP. Kemudian JAIP akan membuat senarai baru tanpa merujuknya semula kepada OBJ, yang mewakili baginda Sultan di peringkat daerah.


Ini jelas menunjukkan niat jahat beliau yang memandang serong terhadap Pengarah, Jabatan Agama Islam Perak yang diberi kepercayaan oleh Kerajaan Negeri Perak dan DYMM Sultan Perak bagi memimpin institusi agama yang amat penting di negeri ini.


Apa yang menghairankan, apakah beliau lebih mengetahui senarai nama yang telah diperkenankan oleh Majlis berbanding Pengarah, Jabatan Agama Islam Perak merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak itu sendiri.


Apakah beliau ingin mengatakan bahawa hanya ahli UMNO sahaja yang layak dan boleh dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kariah. Beliau juga melakukan penghinaan terhadap Pegawai-Pegawa Tadbir Agama Daerah yang dianggap boleh diarah sesuka hati untuk melakukan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang.


Segala kenyataan beliau jelas menunjukkan kejahilan beliau terhadap undang-undang yang memperuntukkan bahawa Pegawai Tadbir Agama Daerah adalah pihak yang dipertanggungjawabkan bagi mencadangkan senarai nama AJK Kariah untuk dilantik oleh Majlis.


Adalah diharapkan agar masjid dan surau tidak dijadikan sebagai medan perebutan politik dengan menafikan kelayakan merka yang tidak sehaluan walaupun memiliki ciri-ciri yang dikehendaki oleh Allah dan cuba meletakkan sesiapa sahaja tanpa menilai kesesuaiannya asal sahaja mereka menyokong ideologi politik kita.

Monday, December 7, 2009

Pertukaran adalah suatu Hijrah

Sebahagian besar daripada kita sedang berdebar-debar menantikan keluarnya surat keramat pertukaran pegawai sebahagimana yang dijanjikan. Episod pertukaran ini adalah satu episod yang berpanjangan sepanjang usia perkhidmatan seseorang pegawai. Terdapat beberapa keajaiban dalam urusan pertukaran ini bukan sahaja di institusi agama malah di mana-mana agensi. Tidak ramai yang mempedulikan pertukaran Pegawai Daerah walaupun mereka orang no. 1 di daerah, berbeza dengan pertukaran para Penghulu yang mengundang seribu satu kemelut yang berpanjangan. Walaupun dari segi statusnya yang tinggi di mata masyarakat setempat, pertukaran Pegawai Tadbir Agama Daerah bukan suatu yang sering dibahaskan, kecuali satu dua pegawai yang mendapat bantahan daripada kelompok politik kampungan. Berbeza suasananya dengan pertukaran imam-imam, yang menyebabkan timbulnya berbagai memorandum dari berbagai pihak termasuk yang ditandatangani ahli kariah yang entah faham entahkan tidak. Arahan pertukaran para imam di seluruh Perak beberapa bulan sudah, memperlihatkan permohonan penangguhan dan sehingga kini seolah-olah arahan tersebut tidak pernah dipatuhi.
Oleh kerana pertukaran ini tidak dilaksanakan secara berkala, maka ianya sering dilihat dari sudut yang negatif. Oleh kerana ada yang tidak pernah bertukar semenjak belasan tahun, ada yang tidak pernah menjejakkan kaki ke daerah-daerah dan ada yang berlegar di sekitar satu dua bahagian sahaja menyebabkan kegusaran kepada beberapa pihak yang kerap terlibat dengan pertukaran. Oleh kerana seringkali pertukaran terjadi berpunca daripada sesuatu kes atau isu yang tidak selesai, maka ramai yang menganggap bahawa pertukaran dibuat bagi menghukum seseorang pegawai.
Berbagai sebab sebenarnya boleh dijadikan alasan untuk membuat pertukaran. Walau apapun alasannya, kepentingan perkhidmatan adalah keutamaan tertinggi berbanding kepentingan peribadi. Lebih malang lagi jika pertukaran dibuat bagi memenuhi nafsu serakah pimpinan politik yang berfikiran sempit. Bagi yang terselamat daripada pertukaran mungkin boleh menarik nafas lega kerana tidak perlu bersusah payah. Namun suatu perkara yang perlu kita ingat, bahawa Nabi Muhammad saw tidak mungkin mampu memerintah jika tidak berhijrah dari Mekah ke Madinah. Para ulamak yang hebat hanya dikenali ramai hasil hijrah mereka ke berbagai tempat. Maka rugilah kita jika hanya mempertahankan kedudukan yang kita sedang nikmati, tanpa mahu memperluaskan pengalaman kerja dengan mengambil risiko dan cabaran yang ada di tempat baru dengan suasana baru, teman-teman baru dan semangat yang baru.

Monday, November 2, 2009

Undang-Undang Tanpa Roh

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin ditahan oleh anggota Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tengah malam tadi. Beliau akan didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur dekat AU jam 9 pagi ini (2 November 2009).


Walaupun saya amat banyak tidak bersetuju dengan hujjah dan pendekatan beliau dalam menangani permasalahan semasa berkaitan agama, namun tragedi ini bagi saya amat mengecewakan. Undang-undang Tauliah Mengajar mempunyai sejarah yang tidak semua mengetahuinya. Kesukaran mensabitkan kesalahan menyebarkan ajaran salah menyebabkan satu kaedah pensabitan yang lain yang lebih praktikal. Ianya akhirnya disalahguna sebagaimana ISA yang digunakan bagi tujuan selain daripad isu-isu berkaitan komunis.
Kalau sekiranya penguatkuasaan undang-undang ini dilaksanakan sepenuhnya, maka akan terkesanlah segala aktiviti dakwah dan majlis ilmu di seluruh negara selama ini. Tidak ada seorang muftipun yang mempunyai tauliah bagi setiap negeri di negara ini. Panel-panel forum tersohor yang berkumandang suara mereka di seluruh negara pastinya terlibat dengan pelanggaran undang-undang ini.
Selangor bukan pertama kali menggemparkan negara dengan isu seperti ini. Beberapa orang tokoh agama sebelum ini yang jauh lebih hebat berbanding mereka yang memberikan tauliah tersebut juga pernah menjadi mangsa undang-undang ini.
Ketegasan dalam mel;aksanakan undang-undang amat penting bagi membolehkan undang-undang itu dihormati. Namun melaksanakan undang-undang manusia tanpa melihat kepada roh dan maqasid penggubalannya hanya akan menyebabkan kehinaan kepada undang-undang tersebut apatahlagi pihak yang menguatkuasakannya.

Saturday, October 3, 2009

Kartika vs SIS, JAG, WAO DAN KONCO-KONCO

MEMORANDUM BANTAHAN NGO-NGO ISLAM TERHADAP TUNTUTAN BIADAP SIS, JAG, WAO DAN KONCO-KONCO MEREKA UNTUK MENGHAPUSKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH

(A) Latarbelakang

Joint Action Group for Gender Equality (JAG) yang disertai oleh SIS dan WAO serta konco-konco mereka melaui memorandum kepada YAB Perdana Menteri bertajuk Justice For Kartika bertarikh 25 OGOS 2009 telah mendesak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri MEMANSUHKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH yang sedang berkuatkuasa di negeri-negeri (Sila rujuk sinchew.com untuk memorandum penuh mereka bertajuk “Justice for Kartika”.

Tuntutan biadap ini telah diulangi lagi hari ini sebagaimana yang tersiara dalam The Star hari ini 1 Oktober 2009, Ivy Josiah, Pengarah Esksekutif WAO berkata –

“We urge the Federal and State governments to conduct comprehensive review of all laws pertaining to Syariah criminal offences with a view to repeal such laws.”
Memorandum sebegini juga pernah dikemukakan kepada Kerajaan pada tahun 2005 dan ditandatangani oleh lebih 300 individu dan NGO termasuk Menteri-Menteri Kabinet dan ahli politik beragama Islam yang sedang berkhidmat supaya kawalan moral melalui penguatkuasaan undang-undang Syariah dihapuskan.

(B) TINDAKAN SIS, JAG, WAO DAN KONCO-KONCO MEREKA INI ADALAH TINDAKAN BIADAP, kerana :-
· Menceroboh kedaulatan agama Islam sebagai agama Negara dan agama Negeri-Negeri serta perundangan Syariah yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan diwarisi sejak zaman Kesultanan Melayu (sebagaimana termaktub dalam Kanun Undang-Undang Negeri-Negeri Melayu)

· Menyentuh dan menjejaskan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam bagi Negeri-Negeri, bercanggah dengan prinsip dalam Perkara 3 (2) Perlembagaan Persekutuan ;

· Menghina hukum Syarak yang sedang berkutakuasa melalui Enakmen-Enakmen Negeri, DAN

· Mengguris perasaan dan sensitivity beragama umat Islam

NGO-NGO ISLAM DENGAN INI SECARA SEBULAT SUARA MENDESAK :-

1. MENDAKWA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DENGAN TUNTUTAN MEMORANDUM YANG BERSIFAT MENGHASUT TERSEBUT.

2. MENYIASAT SUMBANGAN DANA YANG DITERIMA OLEH NGO-NGO INI TERUTAMANYA DARI PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ATAU ORANG PERSEORANGAN LUAR NEGARA BAGI MEMBIAYAI KEGIATAN MEREKA YANG BERSIFAT MENGHINA AGAMA ISLAM DAN SETERUSNYA MENGHARAMKAN PERTUBUHAN BERKENAAN.

3. MEMBATALKAN PERMIT PENERBITAN AKHBAR DAN MEDIA YANG MENYUARAKAN PANDANGAN BERSIFAT MENGHASUT UNTUK MENGHAPUSKAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI ATAU YANG MENGHINA AJARAN ISLAM (The Star 13 September 2009)

4. MEMECAT MENTERI KABINET DAN PEGAWAI TINGGI KERAJAAN YANG ENGGAN MENERIMA KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA NEGARA DAN MENYOKONG TUNTUTAN NGO-NGO YANG MEMPERTIKAIKAN KEDUDUKAN SYARIAT ISLAM.

5. BERTEGAS DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH MEMELIHARA AJARAN ISLAM DAN KEDUDUKAN AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA NEGARA SELARAS DENGAN SUMPAH YDP AGONG SEBAGAIMANA YANG TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

6. MENGHORMATI KEBEBASAN MAHKAMAH SYARIAH DAN TIDAK MENCAMPURI URUSAN KEADILAN DI MAHKAMAH SYARIAH.

1 OKTOBER 2009
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS)
Jemaah Islah Malaysia (JIM)
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

Thursday, September 24, 2009

Friday, September 11, 2009

Kami Bersamamu Palestin

CERAMAH PERDANA

“KAMI BERSAMAMU PALESTIN”

BERSAMA: SHAIKH DR MUHAMMAD AS-SIYYAM
(MANTAN IMAM MASJID AL- AQSA)


MASA:
9.45 MLM -12.00 TGH MLM (SELEPAS TARAWIH)

TARIKH:
15 SEPTEMBER 2009 (SELASA)

TEMPAT :
DEWAN BANDARAN IPOH
(BERSEBELAHAN MASJID NEGERI IPOH)


SEMUA DIJEMPUT HADIR
DEMI PERJUANGAN UMAT ISLAM DI PALESTIN

SEBARANG PERTANYAAN: USTAZ HAFEZ SABRI (013-3190807)


Pesanan:
Mohon diedarkan poster ke dalam blog2 email2 para sahabat , supaya dapat mobilasi rakyat Negeri Perak turun beramai-ramai mendengar dan menghayati secara terus keadaan umat Islam Palestin yang akan disampaikan oleh Mantan Imam Masjidil Al Aqsa Palestin


Justeru, dengan kehadiran wakil kerajaan dan jemaah Islam HAMAS ke Negeri Perak iaitu Syeikh Dr. Mohammed Mahmoud Siyam dilihat mampu untuk memberi peluang kepada seluruh umat Islam dan rakyat Perak untuk memberikan pertolongan dan sumbangan dana untuk membantu nasib sahabat seagama kita di Palestin.

Wednesday, September 2, 2009

Sidang DUN Perak




Ikuti liputan live suasana sidang DUN Perak dari

dan

Monday, August 31, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


Negara menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 52. Berbagai bentuk sambutan dan penghayatan mengikut fahaman dan pendirian masing-masing. Sambutan tetap diadakan walaupun tidak sehebat tahun-tahun sebelumnya. Ancaman wabak selsema babi (Influenza H1N1) boleh dijadikan pengajaran. Kemerdekaan mutlak hanya milik dan pemberian Allah. Walaupun negara bebas dari penjajah, Allah mampu memenjarakan kita di rumah dengan menghantar wabak. Maka apakah wajar kita melupakan Allah dalam menyambut kemerdekaan.


Ada yang mahukan kemerdekaan, kerana penjajahan menghalang mereka beribadat dan mengamalkan Islam, namun setelah mendapat kemerdekaan mereka tidak juga beribadat dan semakin jauh dari Islam. Ada yang berusaha menghalau penjajah barat tetapi setelah barat pergi mereka pula yang mengagungkan dan mengikut telunjuk barat. Ada golongan yang bencikan penjajah kerana mahu mentadbir negara dengan cara sendiri tetapi setelah penjajah pergi mereka menjadi penjajah yang menindas rakyat di negara sendiri.


Kesedaran dan penghayatan kemerdekaan tidak bergantung kepada pengalaman dijajah tetapi bergantung kepada bagaimana kita mampu mengisi kemerdekaan tersebut.

Apalah gunanya kebebasan fizikal, jika hati masih terpenjara.

Apalah gunanya sorakan kemerdekaan jika di sanubari tiada terdidik sebarang rasa untuk mempertahankannya.

Apalah gunanya kibaran jalur gemilang merata-rata jika tiada lagi semangat juang untuk mempertahankan agama dan negara.

Apa di bangga keamanan dan kemewahan negara jika hari-hari yang berlalu hanya menambahkan dosa.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan


Sunday, August 30, 2009

Majlis Berbuka Puasa Di Istana Iskandariah

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak adalah badan tertinggi yang menaungi 3 buah Jabatan yang menjalankan operasi keagamaan iaitu Jabatan Agama Islam Perak, Jabatan Kehakiman Syariah Perak dan Jabatan Mufti Negeri Perak. Dari segi pengurusan, pentadbiran dan kewangannya diwujudkan Baitulmal yang kini lebih diwar-warkan dengan nama Majlis itu sendiri. Berdasarkan hiraki yang ada maka anggota agensi-agensi agama ini sepatutnya menjadi anggota kerajaan yang paling hampir dengan istana terutamanya apabila Yang Dipertua Majlis diamanahkan kepada DYMM Raja Muda Perak.
Oleh kerana sekian lama Jabatan diketuai oleh PTD, maka tiada sebarang perhatian istimewa kepada Pegawai-Pegawai Agama untuk dihubungkan dengan pihak istana. Pemberian pingat dan darjah kebesaran juga tidaklah diberikan sebarang keutamaan bagi Pegawai-Pegawai Agama berbanding yang lain. Tambahan pula sikap sebahagian Pegawai Agama yang tidak mahu menonjolkan diri ketika berurusan dengan pihak istana.
Sepanjang tempoh tersebut berbagai bidang perkhidmatan telah mendapat perkenan untuk majlis santapan berbuka bersama. Antara yang ada setiap tahun adalah agensi ketenteraan, pendidikan, NGO dan orang-orang besar kerajaan. Hanya pada tahun ini setelah Pegawai Agama menjadi pengarah, buat julung kalinya Majlis Berbuka Puasa Bersama Pegawai Agama dan Imam diadakan pada Hari Ahad, 30 Ogos 2009, jam 6.30 petang. Ini merupakan satu perkembangan yang amat sihat ke arah peningkatan hubungan pegawai-pegawai agama dengan pihak istana. Namun apa yang merungsingkan kerana ada desas desus yang menyatakan beberapa kategori pegawai yang tidak mendapat jemputan. Mungkin juga sebahagian yang dijemput menganggap ringan dan tidak mengambil bahagian. Walaupun perhubungan rapat dengan pihak istana bukanlah terlalu penting dinisbahkan kepada kepentingan peribadi namun atas nama institusi agama semua pegawai mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk mengangkat martabat institusi ini.

Tuesday, August 25, 2009

Kenapa Teragak-agak melaksanakan hukuman


Hukuman sebat terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno kerana meminum arak, yang sepatutnya dijalankan minggu ini, ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadhan. Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan NGO Pahang, Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz yang mengesahkan perkara itu berkata, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memutus untuk menangguhkan sementara hukuman sebat itu atas nasihat Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus.
Suatu yang amat memalukan melihat sketsa pendek yang dipaparkan di dada TV pada malam tadi. Seperti dijangka, isu itu jugalah yang sedang hangat dibincangkan oleh teman-teman di surau. Kebanyakkan mereka menyatakan rasa sedih melihatkan perkembangan ini. Ada yang lebih jauh menganggap isu ini menjadi satu penghinaan terhadap Hukum Allah itu sendiri.
Tidak banyak yang mampu saya komen di hadapan teman-teman. Kalaulah tidak kerana pengaruh daripada mana-mana pihak atasan, bagi saya tindakan JAIP itu amat memalukan. Apakah alasan menghormati Bulan Ramadhan wajar dikaitkan dengan perlaksanaan Hukuman Mahkamah Syariah. Adakah hukuman sebat ini sama tarafnya dengan konsert amal artis tempatan dan luar negeri yang biasa ditangguhkan kerana Ramadhan.
Sikap kita yang tidak meletakkan penggantungan sepenuhnya kepada Allah, sering kali memakan diri kita sendiri. Mahkamah Sivil yang hanya melaksanakan hukuman ciptaan manusia begitu tegas dalam melaksanakannya. Walaupun tanpa sebarang motivasi berbentuk pahala dalam melaksanakannya, mereka melakukannya tanpa rasa ragu, apatah lagi tunduk dengan sesiapapun yang menjadikannya sebagai isu.
Sekian lama bidangkuasa yang ada tidak digunapakai, maka apakah mampu untuk kita meminta tambahan kuasa. Berapa ramaikah di antara kita yang sanggup menghadapi cabaran dalam melaksanakan tuntutan tuhan, berbanding hanya berdiam diri kerana bimbang melakukan kesilapan.

Saturday, August 22, 2009

Sunday, August 2, 2009

Penghargaan Buat Semua Ahli Yang Terlibat


Persembahan Teater berasaskan dari Kisab Kaab Bin Malik bertajuk 'MENUNGGU KATA DARI TUHAN' lakonan dan monolog dari artis terkenal Sabri Yunus dan Sani Sudin arahan dari Dinsman sempena Program Bulan Dakwah anjuran bersama Jabatan Agama Islam Perak, Persatuan Pegawai-Pegawai Agama Perak dan Persatuan Kebajikan Ummah, Trong berjaya memaparkan satu bahan dakwah yang hebat dan menampilkan kelainan daripada program-program yang ada selama ini. Mesej dakwah yang ringkas dan padat juga dapat disampaikan melalui persembahan beberapa buah lagu dan celoteh dari Juara Akademi Nasyid 2009, Azahan Atan. Persembahan multi-media mengenai sejarah dan liku-liku hidup pejuang Islam Pattani di Thailand yang disampaikan oleh Pengerusi TERAS Encik Azmi Hamid begitu menyentuh jiwa.
Tahniah diucapkan kepada semua ahli yang terlibat menjayakan dan menghadiri program tersebut. Kepada yang berkata aku terlalu sibuk, aku tak tau, aku tau lambat, aku rasa promosi tak cukup, aku rasa AJK tak mengambil kira kehendak ahli dan sebagainya maka takziah diucapkan. Apakah kita rasa kita lebih tidak bertanggungjawab menyokong persatuan dan aktivitinya berbanding mereka yang memenuhi 3/4 dewan pada malam tersebut yang datang entah dari mana.
Hebatkah kita jika menuntut persatuan melakukan sesuatu jika berkehandakkan sesuatu, ataupun menuding jari ke arah persatuan jika berlaku sesuatu, sedangkan kita hanya menganggap persatuan sebagai melukut di tepi gantang ; ada tak menambah, tiada tak mengurang.

Friday, July 17, 2009

Stesen Radio Kegemaran Anda




salam perjuangan untuk sahabat-sahabatku,

sedang teman melayari internet, teman terjumpa aplikasi ni. boleh untuk dikongsi bersama. pelbagai stesen radio malaysia ada dalam aplikasi ni. tapi teman tambah lagi stesen radio arab, antaranya iza'atul quranul karim minal kaherah (dah lama teman cari siaran radio ni, baru ketemu), radio rotana, mahatah masr radio dan shutkom. banyak lagi stesen radio arab yang teman jumpa tapi cukuplah sekadar yang ada. bolehlah kalau nak belajar bahasa ammi. caranya:

1. muat turun dan unrar "MalaysianRadio.rar"
2. muat turun dan unrar "RadioUrl.rar"
3. klik pada aplikasi "Malaysian Radio! V2"
4. klik tab "Load Url"
5. masukkan "RadioUrl.txt" yang anda muat turun sebentar tadi
6. klik saja stesen radio yang anda inginkan


(*) untuk makluman, sebahagian senarai stesen radio mungkin tidak dapat didengar kerana linknya tidak dipakai lagi.

selamat mencuba.

muat turun "MalaysianRadio.rar"

download here!


muat turun "RadioUrl.rar"

download here!

Wednesday, July 15, 2009

PEMENTASAN TEATER


PERSATUAN PEGAWAI-PEGAWAI AGAMA PERAK (PPUP) AKAN MENGADAKAN SATU PEMENTASAN TEATER ARAHAN DINSMAN

“MENUNGGU KATA DARI TUHAN”
LAKONAN :
SABRI YUNOS - SANI SUDIN

31 JULAI 2009 (JUMAAT)
9.00 MALAM
DEWAN SAIDINA ABU BAKAR, INTIM
DISELANGI DENGAN
CERAMAH ISU TERKINI UMAT ISLAM DI SELATAN THAILAND
OLEH
CIKGU AZMI HAMID TERAS

PENAMPILAN ISTIMEWA

AZHAN ATAN
JUARA AKADEMI NASYID

TIKET MASUK BERHARGA RM5.00
BOLEH DI PEROLEHI MULAI 20 JULAI 2009

SILA HUBUNGI : AZLI – 0195710933 / DIN -0194700475

Friday, July 10, 2009

Perginya Bertha Hertogh atau Natrah

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda Rabu.

Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama Khamis.

Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950, akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.

Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Namun undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.

Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandung di Belanda.

Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.

Dr Fauziah berkata Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya, ketika itu.

Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.

"Menurut Bertha, beliau hanya merasa bahagia ketika zaman kanak-kanaknya," kata Dr Fauziah.

Sebuah filem mengenai Bertha arahan Ben Sombogaart dilaporkan akan dikeluarkan tahun depan.

-- BERNAMA

Sunday, June 14, 2009

Kewafatan Asy-Sheikh Fathi Yakan

Beliau diberitakan telah wafat pada Hari Sabtu iaitu pada jam 4.45 petang. Jasadnya akan dipindahkan pada pagi Ahad dari Hospital Otel Deo (Timur Beirut) ke Tarablas di Utara lubnan.

Jenazah beliau akan disolatkan pada asar Hari Ahad 21 Jamadul Akhir 1430 Hijrah di Masjid Tinal dan akan dikebumikan di perkuburan keluarga di Babur Raml.

Asy-Sheikh Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja dakwah Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.

Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai Jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan di antara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pada tahun 2007.

Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya Maaza Ya'ni Intimaaii lil Islam, Al-Mutasiqituna Fala Toriq Da'wah, Kaifu Nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku. Beliau telah memantau laman web dakwah.net. Isteri beliau bernama Mona Yakan dan mempunyai 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

MOGA-MOGA ALLAH MERAHMATI BELIAU DAN MEMBERI KESABARAN KEPADA AHLI KELUARGA BELIAU.

Tuesday, June 9, 2009

Peranan Institusi Ulama’ dan Mufti dalam rangka Melayu Islam

Penulisan ini adalah tulisan bebas tanpa terikatan elemen politik kepartian. Namun dalam kondisi sebenar tulisan ini adalah suatu pemaknaan kepada situasi siasah syariyyah dalam pengertian teoretikal dan praktikal. Isu penyelaran mufti kelihatan sebagai suatu tragedi pada hari ini. Lebih malang apabila isu sensitif dalam politik kotor Barisan Nasional di Perak telah mengheret Mufti ke dalam lembah serba salah dan dalam keadaan apologatik yang kritikal. Manipulasi media serta pemahaman rakyat biasa yang jarang menganalisa fakta menyebabkan institusi Ulama’ dan Kemuftian ini diselar dengan begitu teruk.

TERAS adalah antara NGO yang tegar memperjuang nilai Islam, sistem pentadbiran Islam, penataran dan pengupayaan melayu berteraskan Islam serta institusi yang menjadi ‘tiang seri’ melayu iaitu Ulama’, Mufti dan Raja-raja melayu. Untuk berinteraksi dengan sistem mufti dan raja-raja melayu, suka untuk saya jelaskan pengertian politik menurut teoretikal Islam serta praktikal politik raja berpelembagaan hari ini.

Walaupun raja-raja melayu berada di atas politik kepartian, dalam erti sebenar kedudukan Raja melayu dan Mufti adalah ‘seia’ dan ‘sekata’ dalam sistem politik siasah Islam sejak awal kesultanan Melayu. Lantaran itu umara’ dan ulama’ seiring dan sejalan dalam menentu dasar bukan sekadar dalam persejarahan Melaka, malah juga dalam pentadbiran Kesultanan Brunei, Kesultanan Sulu, Kesultanan Fatani Darussalam, Kesultanan Islam Acheh serta pentadbiran Islam di pantai Timur.

Hari ini apabila politik bertukar kepada Raja Berpelembagaan, kedudukan Raja pula masih dijunjung tinggi, namun dengan nasihat eksekutif dan pemantauan legislatif. Manakala Mufti masih kekal diletakkan di tempatnya tanpa ada pengaruh politik kepartian.

Dalam kes kegeringan politik di Perak, pendapat dan kenyataan Mufti Perak pada saya adalah bersifat teoretikal umum iaitu penjelasan kedudukan Raja melayu. Tiada hal atau isu bahawa Mufti telah menyebelahi mana-mana parti politik. Malah jasa dan kelantangan Mufti Perak dalam menyelar isu murtad, mempertahankan adanya agenda murtadisasi terancang di Malaysia, mempertahankan umat Islam daripada Islam liberal serta mengeluarkan banyak fatwa yang mencabar agenda-agenda hedonisme amat perlu kita nilai dan hargai semula. Mufti perlu kekal sebagai kedudukannya sama seperti kedudukan raja yang diterima pakai umum sebagai kerusi bukan politik kepartian walaupun dalam erti hakikat, mereka mengapung kondisi siasah Islam yang sebenarnya.

Walaupun begitu jika ada teguran kepada Mufti-mufti, ia adalah saranan yang penuh keluwesan dan menampilkan sikap rakyat Malaysia yang senantiasa menegur kepincangan dan kerosakan yag berlaku di Malaysia. Tegurlah secara berhemah tanpa menjatuhkan kedudukan Mufti dan ulama’ sebagai teras peneguhan kosmo melayu Islam. Sebagaimana hemahnya kita menegur raja-raja melayu dengan adab dan kesusilaan yang luhur, perlu juga ulama’ dan mufti yang telah berabad-abad wujud di bumi melayu sebagai pendokong rangka tubuh Melayu yang berteraskan Islam dilayan dengan sewajarnya, kena pada tempatnya.

Pada saya Mufti juga manusia yang mungkin ada kesilapannya. Namun tugasan mufti selaku pengkaji fatwa, rangka dasar syariah dan hukum-hakam Islam yang amat tinggi tanggungjawabnya di akhirat kelak bukan mudah untuk disandang, malah terlalu ramai alim ulama’ yang akan menolak jawatan tersebut.

Namun Mufti selaku ‘pendakwah utama’ dalam sesebuah negeri perlu memainkan peranan optima, aktif dan berkesan agar wibawa dan karisma institsu Mufti tinggi di mata rakyat yang rata-rata keliru dan kurang jelas dengan peranan penting Mufti-Mufti. Mufti juga perlu memiliki agnda aktivisme agar dakwah dan siar raya Islam efektif dalam masyarakat.
Diharapkan penulisan ini berperanan sebagai salah satu pandangan umum (public opinion) untuk diteliti ramai dalam usaha menobatkan Islam, sistem ulama’ dan ketuanan Islam di bumi Malaysia.

Muhammad Nuruddin Bashah
Jurutera Metallurgis
Setiausaha TERAS Perak

Monday, June 8, 2009

mencabar kemampuan.

Muslim yang melakarkan sejarah secara umumnya adalah manusia yang melakukan sesuatu di luar kotak pemikiran biasa manusia lain. Tetapi apabila seseorang terperangkap dengan realiti yang menyelubunginya, tiada harapan untuknya melakukan perubahan.

Perubahan hanya akan berlaku apabila sesuatu luar biasa dilakukan. Ia memerlukan wawasan yang jauh, kemampuan merealisasikan wawasan ke alam nyata, keberanian untuk mempertaruhkan untung nasib dan tawakkal yang tinggi kepada Allah.

Contoh mudah yang dapat saya kongsikan di sini adalah kisah Muawiyah bin Abi Sufyan r.a., pengasas kerajaan Bani Umayyah. Lewat memeluk Islam, tetapi meninggalkan warisan kejayaan yang cukup besar. Terlibat di dalam politik Islam selama lebih kurang 40 tahun bermula dari tarikh beliau dilantik menjadi Gabenor Syams di zaman Khulafa’ Rasyidin.
Beliau mengasaskan kerajaan Bani Umayyah yang mampu bertahan selama 91 tahun. Ramai pembaca mungkin lebih mengkagumi kehebatan tamadun di zaman Abbasiah terutamanya ketika Baghdad menjadi ibu negara Khilafah Islam. Tetapi saya lebih mengkagumi Bani Umayyah dan berpendapat jika bukan kerana Bani Umayyah, nescaya Bani Abbasiah tidak akan mampu untuk muncul sebagai tamadun dunia.

Bani Umayyah berjaya membuka sebahagian India, sebahagian negara besar China, melancarkan serangan pertama ke Kostantinople, menyeberangi Perancis dan negara lain di Eropah, membuka dan mengasaskan kerajaan Andalus yang mampu bertahan selama lapan kurun. Semua itu antaranya berbalik kepada rahsia kekuatan jiwa dan jauhnya wawasan pengasasnya, Muawiyyah bin Abi Sufyan r.a.

Di zaman Omar r.a., Muawiyyah r.a. dengan berani dan yakin mencadangkan penubuhan tentera laut Islam. Bangsa Arab yang mahir di padang pasir, mungkin tidak pernah terfikir untuk meneroka lautan. Apabila cadangannya ditolak, beliau mencadangkan kali kedua kepada Saidina Osman r.a. di zaman pemerintahannya. Apabila diterima idea yang berani dan ganjil ini, umat Islam berjaya menyeberangi laut Mediterinean yang cabarannya sudah tentu berbeza dengan cabaran merentasi padang pasir.

Muawiyyah r.a. dilihat mempunyai wawasan yang jauh sejak beliau menjadi Gabenor lagi. Kapal perang pertama yang menyeberang lautan di zaman Osman r.a. dikembangkan di zamannya. Beliau ada wawasan untuk membuka Kostantinople, nama sebuah bandar yang menjadi khayalan umat pada ketika itu. Menyebutnya sahaja sudah cukup untuk melemahkan semangat. Hanya keyakinan kepada janji Rasulullah s.a.w. sahaja yang menjadi penguat. Muawiyyah r.a. mencabar dirinya dan diri umat sehingga umat Islam di zamannya mampu memiliki 1700 buah kapal perang dan melayakkan mereka untuk melakukan serangan pertama ke Kostantinople.
Tidaklah kejayaan Sultan Muhammad al-Fateh di hari beliau dan tentera Islam membuka Kostantinople kecuali semangat yang diwarisi dari Muawiyyah r.a. di hari beliau melancarkan serangan pertamanya ke kota tersebut.

Pernahkah kemampuan diri kita, pendakwah pada hari ini dicabar dengan cabaran seumpamanya?

Dipetik dari satuperkongsian.wordpress.com

Tuesday, June 2, 2009

Al Qossam Roket Buatan Sendiri








Betapa takutnya Israel akan Hamas. Dan betapa takut pula mereka akan Al Qossam, roket yang dibuat oleh Hamas. Roket yang dibuat di rumah itu, hanya menggunakan tangan, seolah tak pernah habis dan tak pernah henti. Bandingkan dengan Israel yang mengimport senjata, termasuk roket dari negara-negara besar seperti Jerman dan AS, selain juga Israel membuat sendiri senjatanya, yang semuanya itu tentu saja, tak ada yang dibuat di rumah, juga tak ada yang dibuat oleh tangan.

Roket-roket Israel merupakan buatan fabrik dan mempunyai daya jangkau ribuan kilometer dan daya ledak yang dahsyat. Tapi itu, tak sedikit pun membuat Hamas ataupun orang Palestin yang berada di Jalur Gaza ketakutan.

Ayat Al Quran yang berbunyi : "Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggetarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)." (al-Anfaal [8]: 60)

Dan beginilah Hamas membuat senjata roket Al Qossam untuk berjuang melawan penjajah bumi Palestin, Israel.

Pihak berminat boleh hantar pandangan segera - isu had subjek peperiksaan

KUALA LUMUR: Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom meminta semua pihak mengemukakan pandangan berhubung kewajaran langkah kerajaan mengehadkan maksimum 10 mata pelajaran untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi surat, faksimile dan e-mel dalam tempoh dua minggu, bermula semalam. Beliau berkata, ibu bapa, individu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik dan semua yang terbabit boleh menulis surat ke alamat Aras 8, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, 62604 Putrajaya. Selain itu, sebarang pendapat juga boleh dihantar menerusi faksimile di talian 03-88894548 atau melalui e-mel beliau sendiri, iaitu alimuddin.dom@moe. gov.my.

"Dalam tempoh dua minggu ini, saya akan mendengar pendapat semua pihak sebelum menyiapkan satu kertas kerja bagi dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Timbalan Perdana Menteri akan meneliti hasil kertas kerja itu sebelum dibentangkan kepada Kabinet bagi tindakan selanjutnya," katanya pada sidang media selepas menghadiri Konvensyen Sekolah Angkat, di sini, semalam. Konvensyen itu adalah program kerjasama antara Kementerian Pelajaran dan GITN Sdn Bhd dengan memilih 25 sekolah luar bandar bagi diberi pendedahan penggunaan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Baru-baru ini, Muhyiddin dilaporkan berkata, mulai tahun depan calon SPM hanya dibenar mengambil maksimum 10 mata pelajaran. Beliau berkata, keputusan itu akan membolehkan guru memberi tumpuan kepada pengajaran subjek teras, manakala sekolah tidak menghadapi masalah kekurangan guru bagi sesetengah mata pelajaran. Bagaimanapun, katanya, kementerian masih membuka ruang perbincangan dengan pelbagai pihak berhubung perkara berkenaan terutama membabitkan penentuan mata pelajaran teras dan elektif yang bakal diambil pelajar SPM untuk semua aliran pendidikan. Alimuddin berkata, pengumuman kerajaan mengehadkan maksimum 10 mata pelajaran untuk calon SPM bukanlah keputusan akhir, sebaliknya ruang masih dibuka bagi membolehkan semua pihak memberikan pandangan peribadi.

Katanya, pandangan semua pihak itu penting bagi memastikan sebarang keputusan yang diambil tidak memberi kesan terhadap proses pembelajaran dan masa depan pelajar. Ditanya subjek teras SPM yang akan digugurkan selaras keputusan mengehadkan maksimum 10 mata pelajaran itu, beliau berkata perkara itu masih belum diputuskan.

Ulasan

Ana mengharapkan ikhwah sekelian ...tolong timbulkan kesedaran kepada masyarakat bahayanya jika subjek Pendidikan Agama Islam dijadikan hanya sebagai subjek elektif sahaja .Maka akan terjadilah seperti satu ketika dahulu pelajar akan membuat pilihan samada mengambil subjek agama atau lukisan.Di samping itu emailkan pendapat kepada alimuddin.dom@moe. gov.my.

Saturday, May 30, 2009

Kursus Pra Perkawinan Islam Di Bagan Serai

Alhamdulillah..

Hari ini sebagai kali pertama sejak 2 tahun lalu, Wakil PPUP di Bagan Serai berjaya buat Kursus Pra Perkahwinan Islam yang disertai seramai 15 orang (1st time)... Selepas ini rasanya munkin akan buat pada penghujung bulan Jun juga nampaknya (time gaji heheheheheh)... Tarikh cadangannya pada 27 & 28 Jun 2009 (Sabtu dan Ahad)....

Saturday, May 23, 2009

Sikap Prejudis Terhadap Institusi Agama

Kezaliman Pihak Berkuasa Agama
Disiarkan pada May 22, 2009 dalam kategori Komen & Pendapat
Dr MAZA:
Email dan aduan seperti ini sudah banyak kali saya terima dari berbagai pihak. Ini adalah tindakan yang zalim ke atas pasangan yang sudah berkahwin secara halal. Jika pun pihak berkuasa agama tidak puas hati, mereka boleh didenda dengan wang atau minta mereka hadir kursus mudah. Kursus itu bukan rukun nikah. Jika pun ia boleh memberi manfaat, banyak kursus yang tidak berfungsi dengan baik dan lebih berbentuk bisnes. Seseorang boleh dikecualikan dari kursus berkenaan jika ada keperluan.
— On Fri, 5/22/09, xxxx xxxxxx (xxxxxxxxxxxxxxxx@yahoo.com)
wrote:From: xxxx xxxxxx (xxxxxxxxxxxxxxxxx@yahoo.com)
Subject: Ingin bertanyaTo: moasriza@yahoo.com
Date: Friday, May 22, 2009, 8:44 AM
Assalamualaikum Dr,dulu Dr Asri adalah mufti negeri perlis. di sini saya ingin bertanya tentang perkahwinan.saya mempunyai seorang sepupu yang telah berkahwin. sebelum ini dia adalah seorang janda. Di hari perkahwinan dia semasa akad nikah dia tidak mempunyai sijil kursus perkahwinan dan terus di nikahi oleh imam. kebetulan imam itu adalah bapanya sendiri.Masalahnya sekarang selepas berkahwin dia mendapat cahaya mata. Sekarang ni anaknya dah dua orang. tapi dia tidak boleh mendaftar anak sebabnya mereka tidak di beri sijil nikah. alasannya ialah kerana mereka berdua tidak mempunyai sijil kursus sebelum berkahwin.anak sulungnya hanya di beri surat sementara dan anak kedua belum dapat lagi di daftarkan.Persoalannya sekarang ni apa yang wajib di dalam perkahwinan? Kursus ataupun akad nikah dan adanya wali. bukannya kawin lari.Apa yang pentingnya kursus perkahwinan? adakah ia boleh membawa kebahagian sehingga akhir hayat. apa yang telah saya ketahui kursus ini hanyalah menguntungkan setengah pihak sahaja. ada setengah yang pergi kursus hanya sempat berkahwin hanya seminggu sahaja. apa yang di pelajari di dalam kursus.Saya harap dato’ dr asri dapat memberi pendapat dan pandangan.xxxxxx
Pandangan Dr Asri ini sememangnya mudah dijangkakan. Apa sahaja kritikan org terhadap institusi agama, maka pasti dialah orang pertama yang akan terkinja-kinja membelasah sama. Latihan sambil belajar sebagai mufti tidak pernah menambahkan pemahamannya terhadap tugas-tugas pegawai agama. Beberapa perkara yang perlu direnungkan :
a. Beliau memastikan ketepatan kisah yang diemailkan oleh sepupu janda yang terlibat itu. Sebagai pegawai agama saya yakin 100% bahawa kisah ini tidak begitu tepat dengan yang diceritakan.
b. Masalah janda tu tak dapat daftar anak, bukan masalah takde sijil nikah. Kenapa tak dikatakan zalim kepada Jabatan Pendaftaran yang tak nak mendaftarkan anak itu.
c. Kenapa hanya Jabatan agama sahaja yang kena langgar prosedur sendiri untuk puaskan hati orang macam Dr Asri ni. Kenapa Jabatan Pendaftaran tak dimintak melonggarkan prosedur kerja mereka.
d. Dr Asri kata banyak kursus yang tidak berfungsi dengan baik dan lebih berbentuk bisnes. Berapa banyak Jabatan Mufti dia dulu buat kursus yang berfungsi dengan baik dan tak dikenakan bayaran (kursus agama tak boleh bentuk bisnes, bidaah agaknya).
e. Dr. Asri faham ke kebiadapan imam (bapa janda tu) yang sepatutnya faham prosedur dan undang-undang jabatan agama tetapi sengaja menikahkan anaknya tanpa mengikut prosedur. Takde mana-mana Qadi yang kata tak sah. Kalau dah boleh nikah sendiri, cetak le surat nikah sendiri.
Kepada semua umat Islam, ingin saya nasihatkan bahawa Institusi Agama ini mewakili Syiar Islam yang tidak kurang pentingnya berbanding Syariat Islam. Setiap Umat Islam bertanggungjawab memeliharanya dan jangan sekali-kali bersekongkol dengan musuh Allah dalam menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadapnya. Lebih baik kita merujuk kepada yang terlibat agar boleh diselesaikan apa sahaja masalah yang timbul berbanding menunjukkan penghinaan tanpa membantu menyelesaikan masalah.

Monday, May 11, 2009

Sokongan Moral Umat Islam Diperlukan

Satu Perbicaraan Kes Muhammad Ridzuan Abdullah atau Pathmanathan a/l Krishnan dan Indira Ghandi berkaitan isu penjagaan tiga orang anak mereka yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Ipoh pada hari KHAMIS bersamaan pada tarikh 14hb Mei 2009.

Muhammad Ridzuan akan diwakili oleh peguam muda yang mewakili Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA). Sehubungan dengan itu semua Umat Islam samada mewakili agensi kerajaan atau badan-badan bukan kerajaan dijemput hadir bagi memberikan sokongan moral serta menggambarkan perpaduan, kesungguhan dan kekuatan kita dalam memperjuang dan mempertahankan aqidah Umat.

Saturday, May 9, 2009

Bersama Mempertahan Aqidah Umat

Merujuk kepada kes Muhammad Ridzuan Abdullah atau Pathmanathan a/l Krishnan dan Indira Ghandi dalam isu penjagaan tiga orang anak mereka yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Ipoh pada hari Selasa bersamaan 5hb Mei 2009, Penulis ingin memberi beberapa pandangan yang mungkin mampu membawa pulangan yang lumayan kepada Islam itu sendiri. Secara peribadi, apabila penulis yang hadir melihat suasana dan berbual dengan barisan peguam muda yang mewakili Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) banyak sekali yang masyarakat Islam perlu tahu realiti yang sebenarnya. TUG OF WAR (tarik tali) kini berlaku sekali lagi di antara pasangan suami isteri apabila salah seorangnya memeluk Islam. Tug of War yang berlaku, tentu sekali melibatkan perebutan hak jagaan anak dan hak untuk menentukan status agama anak-anak mereka yang terlibat.

Yang menjadikan isu ini semakin “panas” dan celaru ialah apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abd Aziz, menyatakan bahawa apabila salah seorang daripada suami isteri berkenaan memeluk Islam, maka anak tersebut hendaklah dibesarkan mengikut agama lazim / asal (common religion) pada waktu perkahwinan berkenaan.

Alasan yang menyebabkan keputusan ini dibuat, boleh difahami melalui kenyataan beliau seterusnya apabila beliau menyatakan bahawa “agama sepatutnya tidak dijadikan alat untuk pasangan terbabit melarikan diri daripada tanggung jawab kekeluargaan. Pemelukan ke dalam agama lain bukanlah suatu alasan untuk membubarkan sesuatu pernikahan secara automatik” (Religion should not be used as a tool to escape marriage responsibilities. Conversion is not grounds for automatic dissolution of a marriage – The Star).

Saya difahamkan bahawa keputusan ini dibuat kerana berlaku satu lagi kes yang sama melibatkan Mohd Ridzuan Abdullah dan isterinya Indra Gandhi di Perak. Mohd Ridzuan atau Patmanathan a/l Krishnan, 40, asalnya beragama Hindu, tetapi kemudiannya memeluk Islam, dilaporkan telah menukar agama anak-anaknya iaitu Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, setahun, kepada agama Islam pada 12 April 2009 dan telah memohon hak penjagaan anak tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh sedangkan isterinya (Indra Gandhi) masih lagi beragama Hindu. Adalah difahamkan pihak isterinya telah memohon bantuan campur tangan kabinet sehingga menyebabkan Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz mengeluarkan kenyataan tersebut.

Perlembagaan Persekutuan selaku undang-undang tertinggi negara ini dalam Perkara 12 dengan tajuk “Hak berkenaan dengan pendidikan”, memperuntukkan antara lain:-

(3) Tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri.

(4) Bagi maksud Fasal (3) agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.

Maka kita dapat memahami bahawa agama seorang kanak-kanak yang berusia di bawah 18 tahun hendaklah ditentukan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya iaitu salah seorang daripada mereka lantaran wujudnya perkataan “atau” yang memisahkan antara ketiga-tiga pihak yang disebut itu. Oleh itu, dalam kes ini, suami tersebut berhak untuk menukar agama anak-anaknya

Apabila kita melihat kepada Seksyen 95, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (terpakai hanya bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan).

Dengan tajuk “Keupayaan masuk Islam” dinyatakan seperti berikut:-

“Bagi maksud Bahagian ini, seseorang yang tidak beragama Islam boleh masuk Islam jika dia sempurna akal dan-

(a) mencapai umur lapan belas tahun; atau
(b) jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaganya mengizinkan kemasukannya”

Justeru itu, kita dapat memahami bahawa ia memperuntukkan, antara lain, bahawa kanak-kanak yang belum mencapai usia 18 tahun boleh memeluk Islam jika sekiranya mendapat restu daripada salah seorang, sama ada ibu, bapa atau penjaganya.

Malah dalam kes yang menjadi “landmark” dalam menentukan siapa yang berhak menentukan agama seseorang anak iaitu kes Subashini Rajasingam lawan Saravanan Thangathoray, Mahkamah Persekutuan dengan majoriti 2-1 telah memutuskan bahawa bapa tersebut (Saravanan) mempunyai hak atau kuasa untuk menukarkan agama anaknya kepada Islam berdasarkan peruntukan Artikel 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam penghakiman oleh Yang Amat Arif Dato’ Bentara Istana Dato’ Nik Hashim bin Nik Ab. Rahman, Hakim Mahkamah Persekutuan, dalam kes tersebut, beliau memutuskan bahawa salah seorang daripada suami atau isteri mempunyai hak untuk menukar agama anak mereka kepada Islam. Perkataan “parent” di dalam Artikel 12 (4) Perlembagaan Persekutuan adalah bermaksud “single parent” (The word ‘parent’ in Article 12(4) of the FC, which states that the religion of a person under the age of 18 years shall be decided by his parent or guardian, means a single parent) Maksudnya, salah seorang daripada ibubapa tersebut berhak dan boleh menukarkan agama anaknya, tanpa perlu persetujuan kedua-dua ibubapa. Oleh itu, Artikel 12 (4) PP, tidak boleh dibaca sebagai memberikan hak memilih agama anak kepada kedua-dua ibubapa sebaliknya memadai salah seorang daripada mereka.

Jika kita mencari fatwa ulama’ pula, saya mendapati terdapat fatwa daripada “Lajnah Da’imah Lil Buhuth Al-‘Ilmiyyah wa Al-Ifta” (m/s 195) yang dianggotai oleh Sheikh Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz, Sheikh Abdul Razzaq Afifi dan Sheikh Abdullah Bin Ghadyan, yang memutuskan bahawa seorang wanita yang telah memeluk Islam lebih berhak terhadap hadhanah (hak jagaan) anak beliau berbanding suaminya yang beragama Kristian, selagi mana wanita itu kekal sebagai Islam dan suaminya berterusan sebagai Kristian. Dan anak tersebut dihukum sebagai beragama Islam kerana mengikut agama ibunya. Ini disebabkan seorang yang bukan Islam (kafir) tidak boleh menguasai orang Islam berdasarkan dalil Al-Quran, Surah Al-Nisaa’, ayat 141:-

وَلَن يَجۡعَلَ ٱللَّهُ لِلۡكَـٰفِرِينَ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ سَبِيلاً

Maksudnya; “dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman”
Namun begitu, mungkin golongan bukan Islam akan bertanya, apakah Islam suatu agama yang langsung tidak memberi peluang kepada mereka untuk menjaga dan seterusnya mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka?

Sebenarnya, di kalangan fuqaha Islam, golongan ulama mazhab Shafie dan Hanbali yang mensyaratkan hadhanah diberikan kepada ibubapa / penjaga yang beragama Islam, manakala ulama mazhab Hanafi dan Maliki membenarkan hadhanah diberikan kepada ibu atau bapa yang bukan beragama Islam tanpa mengira mereka ahlil kitab atau tidak.

Dalil yang dipegang oleh ulama’ yang membenarkan hadhanah kepada golongan bukan Islam ialah sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan lain-lain (lihat Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, Dar Al-Fikr, Juzuk 7, m/s 727) , berkenaan seorang kanak-kanak yang disuruh memilih antara bapanya yang muslim atau ibunya yang musyrik, sedangkan dia cenderung kepada ibunya yang musyrik. Maka berdoalah Nabi SAW agar Allah SWT memberi petunjuk kepadanya, lalu hati kanak-kanak itu berubah dan memilih bapanya yang muslim. Tetapi hadith ini ditolak oleh Sheikh Dr Wahbah Az-Zuhaili dengan mengatakan bahawa ianya mansukh (dibatalkan) berdasarkan doa Nabi SAW tersebut.

Berdasarkan alasan-alasan tersebut, saya percaya bahawa pentas terbaik untuk menyelesaikan kekusutan ini ialah mahkamah syariah dan biarlah mahkamah syariah yang akan menyiasat dan membicarakan isu hadhanah ini untuk kemaslahatan anak tersebut. Perbicaraan di mahkamah syariah tidaklah bermakna bahawa pintu hadhanah “terkunci mati” kepada ibu atau bapa yang bukan beragama Islam kerana masih terdapat banyak pandangan fuqaha yang masih memberi ruang kepada mereka, kerana isu utamanya ialah kemaslahatan anak dan bukannya kemaslahatan ayah atau ibu!

Sebenarnya, alangkah hebatnya sokongan padu yang diterima oleh Indira Ghandi daripada keluarga, sahabat handai yang berlainan bangsa termasuk dua orang tokoh politik Democratic Action Party (DAP) iaitu Yang Berhormat Kulasegaran (juga sebagai peguam Indira Ghandi) dan Sivanesan yang begitu komited dari awal pagi sehingga petang berada bersama-sama mengikuti perjalanan kes. Dalam hal ini semua pihak menyokong keputusan yang menetapkan anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain. Dalam perbezaan aliran politik, parti politik DAP, Malaysia Chinese Association (MCA), Malaysian Indian Congress (MIC), dan GERAKAN dan mungkin banyak lagi nampaknya bersama bersepakat dalam isu ini. Nampaknya tidak timbul musuh politik di kalangan mereka. Malah ada beberapa pemimpin utama dari parti berkenaan yang telah pun membuat kenyataan akhbar. Disinilah penulis ingin membangkitkan persoalan penting yang menyangkut isu perpaduan umat.

Pertama, alangkah baiknya sekiranya semua pihak sama ada badan bukan kerajaan atau NGO Islam yang ada turun padang memberi sokongan moral kepada barisan Peguam muda PEMBELA yang mencurah keringat tanpa bayaran yang tinggi. Meraka khabarnya menggunakan kekuatan kewangan sendiri yang agak terhad. Malah yang lebih penting sekali adalah kehadiran tokoh-tokoh politik setempat yang beragama Islam seperti dari United Malays National Organizatian (UMNO), Parti Islam Semalaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk turun sama membawa panji-panji agama Islam itu sendiri. Tunjukkan kita tidak ada kompromi dalam mempertahankan Islam. Inilah masa yang sangat baik untuk mengangkat kekuatan Islam dan mewujudkan kebersamaan yang tidak berbelah bahagi untuk Islam. Tiada siapa pun yang rugi yang pasti Islam akan mendapat untung. Perbezaan dari sudut pendekatan ideologi dan pengaruh politik parti yang terasnya Melayu dan Islam sepatutnya tidak menghalang untuk bersama dalam hal yang bersangkut dalam hal agama Islam itu sendiri.

Kedua, untuk maklumat semua pihak, barisan peguam muda PEMBELA ini sedikit rasa kecewa yang bukan sahaja dalam hal kuantiti kehadiran sokongan yang kurang, tetapi semacam masyarakat Islam tidak ambil peduli dengan isu yang sensitif dengan agama Islam itu sendiri. Untuk maklumat semua pihak, isu ini hangat dimainkan oleh akhbar arus perdana masyarakat Cina dan India. Dengan itu penulis mewakili Agkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Perak ingin menyeru agar semua pihak ambil peduli dan tunjukkan sokongan yang kuat untuk kes yang disambung pada hari KHAMIS bersamaan pada tarikh 14hb Mei 2009. Sebagai seorang mukmin kita yakin dengan ketentuan ilahi dan apa yang berlaku sebenarnya tersembunyi hikmah yang besar, yang hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahuinya.

Daripada :
SUHAIMI BIN LATIP,
YANG DIPERTUA,
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) CAW. PERAK.

Wednesday, April 29, 2009

Orang Kafir Tidak Dihalang Membaca Al-Quran

Terdapat satu perkembangan yang amat baik dalam usaha dakwah kepada Agama Islam di era pemerintahan Pakatan Rakyat di Negeri Perak Darul Ridzuan. Oleh kerana kelaziman bagi YAB Menteri Besar memulakan setiap perbincangan dengan ayat-ayat Al-Quran telah menyebabkan sebahagian daripada ayat-ayat yang dibaca telah menarik perhatian beberapa orang Exco bukan Islam. Maka muncullah satu fenomena baru dimana mereka juga turut menukilkan ayat-ayat tersebut dalam ucapan tersebut. Ini menyebabkan sebahagian daripada orang-orang Islam melatah dan menuduh mereka menghina al-Quran lantaran bacaan mereka mempunyai beberapa kesilapan sebutan dan makhraj huruf malah jauh sekali untuk menandingi bacaan para qari.

Namun apakah semata-mata kerana kekurangan tersebut menyebabkan mereka wajar dihalang daripada membacanya. Apakah halangan ini juga akan diperluaskan kepada mana-mana orang Islam yang sebahagiannya lebih banyak kesilapan dari segi tajwidnya. Tidakkah kewajipan orang Islam membetulkan bacaan mereka jika berlaku kesilapan dan ini tidak akan berlaku jika mereka dihalang daripada membacanya.
Hakikatnya al-quran bukanlah diturunkan semata-mata untuk Umat Islam shaja tetapi ianya sebagai rahmat kepada seluruh Alam. Ayat al-Quran sendiri banyak menggunakan perkataan "wahai manusia" yang merangkumi orang-orang bukan Islam. Maka bagaimanakah mereka mahu mendengar arahan Allah ini yang ditujukan kepada mereka sedangkan mereka dilarang daripada membacanya.
Walau apapun latar belakang bantahan ini, namun faktor apa sekalipun termasuk faktor politik tidak seharusnya mengatasi hukum Syariat yang telah ditetapkan oleh Allah. Kenapa tidak kita bertanya apa kata fuqaha' berkaitan perkara ini sebelum kita mengeluarkan sebarang kenyataan yang akhirnya menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap ulamak dan menjauhkan orang bukan Islam daripada penghayatan agama suci ini.
Beberapa buah Kitab Feqah boleh dirujuk dalam hal ini dapat memberikan gambaran mengenai isu yang diperbincangkan ini. Di antaranya adalah :
Syeikh Muhammad al-Khatib al-Syarbini menjelaskan dalam Kitab Mughniyul Muhtaj, Jilid 1, halaman 72 :

أما الكافر فلا يمنع من القراءة القران لأنه لا يعتفد حرمة ذلك كما قاله الماوردي
Adapun orang kafir, maka tidak ditegah daripada membaca al-Quran, kerana tidak difatwakan haramnya perbuatan demikian, sebagaimana kata al-Mawardi"
Pengarang kitab I'anatut Talibin, jilid 1, halaman 69, telah memetik keterangan dari kitab Busyra al-Karim seperti berikut:

قال في بشرى الكريم ويشترط كونها من مسلم مكلف فلا يمنع الكافر منها ان لم يكن معاندا ورجي اسلامه ولا الصبى ولا المجنون اه
"Katanya dalam Kitab Busyra Al-Karim, dan disyaratkan bahawa dia seorang Islam yang Mukallaf. Maka tidak ditegah orang kafir daripada membaca al-Quran, jika dia tidak bersikap menentang dan diharap dia akan memeluk Islam"
Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Kitab Sabil al-Muhtadin, jilid 1, halaman 112 berkata:
"dan hanyasanya ditegah kafir daripada menyentuh mashaf kerana haram menyentuh dia itu terlebih muakkad dengan dalil haram menanggung dia serta hadas dan haram menyentuh ia dengan najis, bersalahan dengan membaca Quran kerana harus membaca dia serta hadas dan harus membaca dengan mulut yang kena najis"

Syeikh Daud al-Fatani, dalam Kitab Bughyah al-Tullab, jilid 1, halaman 49 pula berkata:
"dan keluar dengan kata muslim itu, orang kafir maka jangan ditegahkan dia daripada membaca Quran kerana tiada iktikad akan haramnya tetapi jika kita harap akan Islamnya"
Masalah dikatakan bahawa ianya dianggapa satu penghinaan terhadap Al-Quran maka hendaklah diteliti keadaan pembaca tersebut. Jika sekiranya jelas niatnya atau tindakannya memperkecil dan menghina isi kandungan atau ajaran dari ayat yang dibacakan maka tidak syak lagai bahawa ianya adalah haram dibiarkan dan wajib dihalang mereka daripada membacanya. Ini bukan sahaja khusus kepada orang bukan Islam malah lebih-lebih lagi terhadap orang Islam sendiri yang membaca al-Quran lalu menghinanya. Namun jika tiada tanda-tanda nyat penghinaan tersebut maka niat di hati pembaca kita serahkan kepada Allah dan tiadalah alasan kita untuk menghalang mereka membacanya. Malah sepatutnyalah orang yang Islam yang tidak mahu membaca dan merujuk kepada al-Quran mereka terhina dan teras malu kerana sebenarnya mereka lebih hina daripada orang kafir itu lantaran mereka menolak cahaya yang diberikan oleh Allah bagi menerangi kehidupan mereka sedangkan orang bukan Islam sekadar tumpang mengambil panduan dari kejauhan chaya petunjuk yang dikurniakan oleh Allah.

Sunday, April 26, 2009

ISU REDZUAN :PRIHATINKAH KITA

Kes pengislaman Mohammad Redzuan Abdullah atau nama asalnya Patmanathan al Krishnan serta usahanya mengislamkan anak-anaknya telah menarik perhatian banyak pihak sehingga cabinet masuk campur dan memutuskan bahawa status anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk islam.

Keputusan ini telah mengundang reaksi yang tidak selesa kepada masyarakat Islam .Banyak pihak tidak setuju dengan keputusan yang tergesa-gesa tanpa merujuk dahulu kepada mereka yang pakar seperti para ulama’ dan para mufti .Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan seperti Persatuan Peguam Syari’e Malaysia ,Alliance Coordinating Committee of Islam (ACCIN), Angkata Belia Islam Malaysia(ABIM),Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), MACMA ,Persatuan Peguam Pembela Islam dan beberapa petubuhan NGO lain telah menzahirkan keputusan mereka menolak keputusan cabinet tersebut.

Apabila dilihat dari perspektif syara’ isu ini diulas dalam bab hadhanah atau hak penjagaan anak.Ulama’ mazhab Syafie meletakkan antara syarat utama hak pejagaan anak ialah penjaga itu mestilah beragama Islam .Orang kafir tidak boleh diberi amanah untuk menjaga anak muslim kerana orang kafir tiada kuasa perwalian ke atas orang muslim.Dalilnya ialah firman Allah SWT :Bermaksud Allah sekali-kali tidak akan menjadikan orang-orang kafir berkuasa ke atas orang Islam (Surah An Nisa’ 141)Bahkan kemungkinan penjagaan anak-anak muslim oleh orang kafir akan membawa fitnah terhadap aqidah anak berkenaan.Sepertimana maklum antara maqasid as syariah (matlamat syariah) itu antaranya adalah menjaga agama.Pandangan ini juga dipersetujui oleh mazhab Hanbali.

Ulama’ Hanafi dan Maliki tidak mensyaratkan penjaganya mesti muslim tetapi mereka bersepakat bahawa jika aqidah dan amalan agama anak-anak muslim itu terancam sekiranya dijaga oleh penjaganya yang bukan muslim seperti membawa anak itu ke rumah ibadat bukan islam , membiasakan anak itu meminum arak dan memakan daging babi maka hak penjagaan itu mestilah diserahkan kepada penjaganya yang beragama Islam .

Pada pandangan saya ,keempat-empat mazhab meletakkan usaha menyelamatkan aqidah anak-anak adalah satu keutamaan yang tidak boleh ditawar-menawar.Pendekatan mazhab Syafie adalah sangat releven dalam konteks Negara kita.Muallaf atau saudara baru juga mempunyai hak seperti warga Negara yang lain dalam mempertahankan hak-haknya.

Dari sudut undang-undang Negara , dalam menyelesaikan sebarang kes yang melibatkan inividu muslim , mahkamah syariah adalah mahkamah yang telah diberi kuasa menyelesaikannya oleh perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 121(1)(A).

Cadangan isu ini diberi bidang kuasa kepada mahkamah sivil dan bukan mahkamah Syariah jelas bercanggah dengan perlembagaan Persekutuan dan bertentangan dengan Keputusan Mahkamah Persekutuan sepertimana keputusan mahkamah tersebut dalam kes Subashini.

Dalam Artikel 12(4) Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan :Agama bagi seseorang yang berumur kurang daripada 18 tahun adalah ditetapkan oleh ibu atau bapaatau penjaganya. (parent or guardian).

Gesaan banyak pihak agar pihak kerajaan mengambil kira pandangan pihak-pihak yang pakar seperti pakar undang-undang dan pakar agama sebelum membuat apa-apa keputusan , lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan umat Islam serta menyentuh agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia mestilah diberi perhatian oleh pihak kerajaan .Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam perlulah tegas dalam mempertahankan hak-hak orang Islam.

Apa yang menyedihkan juga apabila isu ini kurang diberi perhatian oleh umat Islam sendiri sedangkan pihak lain begitu prihatin mengikuti perkembangan isu ini secara dekat.

Disediakan oleh
Hj Zamri bin Hashim
Jabatan Mufti Perak

Monday, April 13, 2009

Improve Your Relationship with the Qur’an


So many people today talk and others really want to know about either non-muslim can read al-Quran or not( based from what happen in Bukit Gantang ) . But maybe we better ask ourselve.. what about our relation with al-Quran, how many times we read it per day, did we understand for every single word in al-Quran since we have read it in our childhood. So.. here is very good and practical article about Improve Your Relationship with the Qur’an. This original article can be search at http://www.islamonline.net with the same title. Please read it ..

Are you one of those people who rarely touches the Qur'an? Or do you read daily but don't find it is having the impact on you that it should? Whatever the case may be, these are some simple tips that can help you connect with the Qur'an.

  1. Before you touch it, check your heart. The key to really benefiting from the Qur'an is to check your heart first, before you even touch Allah's book. Ask yourself, honestly, why you are reading it. Is it to just get some information and to let it drift away from you later? Remember that the Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him) was described by his wife as a “walking Qur'an”: in other words, he didn't just read and recite the Qur'an, he lived it.
  2. Do your wudu' (ablution). Doing your wudu' is good physical and mental preparation to remind you that you are not reading just another book. You are about to interact with Allah, so being clean should be a priority when communicating with Him.
  3. Read only five minutes every day. Too often, we think we should read the Qur'an for at least one whole hour. If you are not in the habit of reading regularly, this is too much. Start off with just five minutes daily. If you take care of step one, in sha' Allah (Allah willing), you will notice that those five minutes will become ten, then half an hour, then an hour, and maybe even more!
  4. Make sure you understand what you have read. Five minutes of reading the Qur'an in Arabic is good, but you need to understand what you are reading. Make sure you have a good translation of the meanings of the Qur'an in the language you understand best. Always try to read the translation of what you have read that day.
  5. Remember, the Qur'an is more interactive than a CD. In an age of interactive CD-ROMs and computer programs, a number of people think books are passive and boring. But the Qur'an is not like that. Remember that when you read Qur'an, you are interacting with Allah. He is talking to you, so pay attention.
  6. Don't just read, listen too. There are now many audio cassettes and CDs of the Qur'an, a number of them with translations as well. It is great to put on your Walkman or your car's CD or stereo as you drive to and from work. Use this in addition to your daily Qur'an reading, not as a replacement for it.
Make du`aa' (supplication). Ask Allah to guide you when you read the Qur'an. Your aim is to sincerely, for the love of Allah, interact with Him by reading,

Saturday, April 11, 2009

Beza Lelaki dan Perempuan

Sesetengah pasangan cuba mencari persamaan antara mereka. Keduanya saling bertolak ansur dan berkorban, samada hati, perasaan dan keinginan demi mengekalkan persamaan. Namun terkadang kita lupa mengenai perbezaan antara kita yang perlu disedari dan diraikan. Sepatutnya kita mencari keserasian daripada perbezaan yang ada disamping menghargai persamaan yang ada. Jangan sekali-kali cuba membasmi perbezaan yang ada kerana fitrahnya tidak mungkin akan serupa dua manusia yang berbeza apatahlagi berlainan jantina. Sekadar contoh biasa cuba kita renungkan bersama.
1. Bila lelaki @ perempuan lambat dtg temujanji..
Lelaki kata: takpelah.. jalan jem.. nak buat camaner
Perempuan kata: awak memang selalu x tepati masa..
2. Bila lelaki @ perempuan lupa pada harijadi..
Lelaki kata: emm.. tak kisah pun..
Perempuan kata: dah tak sayang kat kita la tu..
3. Bila kita sakit..
Lelaki kata: dah makan ubat ke belum..
Perempuan kata: tidolah.. pas bangun tido ok la tu..
4. Bila lelaki @ perempuan tanya ..sayang kat kita tak?
Lelaki kata: mestilah sayang..
Perempuan kata: emm... sayang kot..
5. Bila lelaki @ perempuan nak pinjam duit sikit..
Lelaki kata: awak nak pinjam berapa?
Perempuan kata: bila awak nak bayar?..

Friday, April 10, 2009

Mengenang 60 tahun Syahidnya Hasan Al-Banna

Pada 12 Feb 2009 lalu, genap 60 tahun syahidnya Imam Hasan Al-Banna, seorang ulamak dakwah dari Mesir yang mengasaskan gerakan Ikhwan Muslimin pada tahun 1928. Penjajah British dan Raja Faruk menyangka dengan menembaknya mati di Jalan Ramses, Kaherah pada petang itu akan mematikan dakwah beliau dan British dapat memantapkan lagi kedudukannya menjajah Mesir.Namun yang berlaku adalah sebaliknya. Raja Faruk meninggal dunia pada 18.3.1965 dan British terpaksa meninggalkan Mesir pada 1952, sedangkan dakwah Ikhwan Muslimin terus hidup dan berkembang mekar sehingga ke hari ini ke lebih 100 negara di dunia. Yang membunuh telah mati dan pergi, manakala yang dibunuh terus hidup fikrah dan dakwahnya digerakkan oleh generasi demi generasi.

Kepada mereka yang bercita-cita tinggi mendidik diri, anak-anak dan generasi sehingga menjadi salah seorang para Mujaddid seperti beliau yang pernah memimpin salah sebuah perjuangan Islam akhir zaman ini, beberapa aspek kualiti yang ada pada beliau harus menjadi panduan kita. Untuk memendekkan posting ini, saya hanya menyentuh aspek ilmu sahaja terlebih dahulu melalui beberapa catatan memori beliau semasa di alam remaja dan belia di dalam kitab tulisannya "Muzakiraat Ad-Dakwah wa Ad-Dai’yah" (Memori Dakwah ini dan Pendakwahnya).

Jika berkesempatan, aspek-aspek ruh, organisasi dan sebagainya yang ada pada beliau yang juga menakjubkan akan disentuh di lain kesempatan, insyaallah.Dalam aspek kualiti ilmunya, Hasan Al-Banna sejak di bangku sekolah rendah lagi, sering membaca buku perpustakaan ayahnya di rumah. Ayah beliau, Ahmad Abdul Rahman Al-Banna, adalah seorang ahli hadis graduan Al-Azhar, bekerja sendiri dengan membaiki jam dan menumpu masa hayatnya dalam ilmu hadis. Beliau telah mengarang banyak kitab dan menyusun semula kitab musnad Imam Ahmad bin Hanbal (pengasas Mazhab Hanbali) dengan menulis kitab berjilid bertajuk “Fathul Rabbani fi Tartib Musnad Imam Ahmad”. Bahasa Arab dan ilmu Hasan Al-Banna di asah lebih tajam lagi sejak di sekolah rendah apabila dia sering membantu Asy-Syeikh Muhammad Zahran yang buta, dengan membacakan untuknya kitab demi kitab perpustakaan di rumah syeikh tersebut. (Untuk pengetahuan, sejauh mana kebolehan membaca tulisan Arab tanpa baris adalah salah satu kayu ukur kuat lemahnya seseorang dalam ilmu Bahasa Arab). Apabila Asy-Syeikh didatangi tetamu dari kalangan ulamak, si budak kecil ini turut duduk sama mendengar perbincangan ilmiah mereka dalam berbagai bidang seperti tafsir, hadis, aqidah, seerah, tasauf, feqah dan sebagainya. Kata Hasan Al-Banna, “Aku ingat kebanyakan nas-nas hadis yang aku hafaz adalah yang aku hafaz sejak ketika itu (bersama Syeikh Zahran ketika di bangku sekolah rendah” (rujuk Muzakirat Dakwah wad Daieyah, m/s 13).Ketika di sekolah menengah, beliau menghafaz keseluruhan Al-Quran dan suka menimba ilmu di luar pelajaran di sekolah. “Dua faktor. Pertamanya, perpustakaan ayah, dorongannya agar aku banyak membaca, belajar dan hadiahnya kepada aku berupa buku-buku yang aku masih menyimpannya sehingga ke hari ini.

Di antara yang banyak memberi kesan kepada aku ialah kitab Al-Anwar Al-Muhammadiah oleh Al-Nabhany, Mukhtasar Al-Mawahib Al-Laduniah oleh Al-Asqalany dan Nurul Yaqin oleh Asy-Syeikh Al-Khadary, majallah-majallah lama dan kitab-kitab yang berbagai. Di kampung Al-Mahmudiyah ketika di tahap sekolah menengah rendah aku sentiasa menunggu Asy-Syeikh Hasan Al-Kutuby di hari pasar malam di Jalan Farigh As-Sabr untuk menyewa buku-buku secara mingguan dengan harga beberapa milim (sen), kemudian menyewa lagi kitab-kitab lain pula pada minggu-minggu berikutnya... Buku yang sangat kuat kesannya dalam kalbuku ialah buku Kisah Amirah Zat Al-Himmah. Aku membacanya dan mendapati didalamnya mengandungi makna semangat, keberanian, cintakan tanahair, berpegang teguh dengan agama, jihad di jalan Allah, bertarung demi mendapat ketinggian dan keagungan, kemudian aku melihat pemuda pemudi hari ini membesar dengan pembacaan-pembacaan yang melonglaikan, melekakan, lemah dan alpa. Aku dapati alangkah jauh dan peliknya pendidikan lalu jika dibandingkan dengan pendidikan hari ini. Oleh itu, aku melihat kita sangat berhajat kepada santapan ilmu yang menghidangkan kepada generasi baru hari ini (pengertian-pengertian di atas) dalam berbagai bentuk seperti buku, riwayat, akhbar dan majallah” (Al-Muzakirat m/s 37).“Ketika di tahap ini juga, di luar pelajaran sekolah, aku menghafaz banyak mutun (ungkapan) dalam berbagai ilmu seperti Mulihah Al-I’rab oleh Al-Hariry, Al-Alfiah oleh Ibnu Malik, Al-Yaqutiah fil Al-Mustalah, Al-Jawharah fil Tauhid, Al-Rahbiah fil Mirath, Mutun Al-Sulmy fil Mantiq, Mutun Al-Qadury fil Fiqh Abu Hanifah, Mutun Al-Ghayah wa At-Taqrib oleh Abu Sujak dalam Mazhab Syafie, Manzumah Abn Amir dalam Mazhab Maliki. Sekali-kali aku tidak akan lupa dorongan ayah dalam menghafaz dengan beliau menggunakan kata-kata hikmat “Man hafaza Al-Mutun, haaza Al-Funun” (sesiapa yang menghafaz mutun (ungkapan-ungkapan), dia mendapat seni-seni). Kesan kata-kata hikmat tersebut dangat mendalam dalam jiwa ku hingga aku cuba menghafaz Murun Asy-Syatibiah fil Al-Qiraat sedang aku sendiri kurang arif istilah-istilah qiraat tersebut. Aku dapat menghafaz muqaddimahnya dan sebahagiannya masih ada dalam ingatan."Semasa di Darul Ulum, Universiti Kaherah, Hasan Al-Banna menceritakan, “Kehidupanku di Kaherah banyak dipenuhi dengan kunjunganku ke rumah Syeikh Ali Afandi, Perpustakaan As-Salafiah dan Ustaz Muhibbuddin, Dar Al-Manar bersama As-Sayyid Rasyid, rumah Asy-Syeikh Dajwy, rumah Farid Bek Wajdy, Perpustakaan Darul Kutub dan Masjid Syaikhun. Aku tidak lupa ujian lisan yang jalankan oleh Ustaz Abu Al-Fath Al-Fiqy dan Ustaz Najaty, di mana aku hadir dan bersedia dengan menghafaz 18,000 rangkap syair, sebanyak itu juga hafazan karangan-karangan sastera di antaranya Muallaqat Tarfah, sedang pada hari itu aku hanya ditanya satu rangkap dari Al-Muallaqat, 4 rangkap dari Qasidah Syauqy tentang Napolean dan perbincangan tentang Umar Khayyam. Aku tidak menyesal terhadap persediaan yang banyak yang telah aku buat, kerana sejak dari hari pertama lagi, niat aku belajar adalah demi ilmu dan bukan kerana peperiksaan” (Al-Muzakirat m/s 68).Posting pendek ini hanya mengambil beberapa kisah menarik berkait ilmu Hasan Al-Banna dan sudah tentu tidak mengukur jumlah ilmu seseorang bak lautan. Ia bertujuan mencetus kefahaman dan semangat bahawa Dakwah Islam ini asasnya ialah ilmu dan ikhlas, membentuk Fikrah atau Ideologi. Dari kedua-duanya lahirlah amal, jihad dan pengorbanan yang sahih, membentuk Jemaah atau Organisasi. Tanpa Fikrah yang sahih, Jemaah tidak terpandu dan menghasilkan natijah yang tersasar.

Semoga Allah mengurniakan kita apa yang dikurniakanNya kepada hamba-hambaNya yang soleh. Ameen ya rabbal alameen.

Dipetik dari ismaweb

Thursday, April 9, 2009

BILA ORANG KAFIR BACA AL QURAN

Mari kita sama-sama menyemak hubungan kita masing –masing dengan al Quran.Orang yang paling banyak menceduk hidayah Allah SWT dari sumbernya iaitu al Quran , dialah orang yang taqwanya diiktiraf oleh Allah SWT .Perlu diingat taqwa itu bukan sekadar slogan-sloganan sahaja tetapi ia perlu kita buktikan .
Firman Allah SWT Bermaksud : Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa;Al Baqarah :2

Tulisan saya hari ini tidak bercadang untuk merumitkan lagi pemikiran umat Islam dengan memanjangkan lagi perbincangan mengenai hokum orang kafir membaca Al Quran kerana kita telah maklum dan membaca serta mengikuti banyak pandangan mengenainya dari berbagai pihak dengan hujjah masing-masing , malah ada di kalangan kita yang ghairah membaca isu ini dari berbagai-bagai surat khabar dan laman sesawang sehingga lebih banyak helaian yang dibaca , lebih masa mengadap internet daripada helaian al Quran dan jangkamasa yang kita habiskan lebih lama dari masa yang kita peruntukan untuk kita membaca al Quran itu sendiri.

Tulisan hari ini tidak bercadang membincangkan hokum orang kafir membaca Al Quran tetapi saya ingin mengajak pembaca sekelian melihat hokum orang Islam yang tidak mahu mambaca al quran ,tidak mahu mendengar al quran , tidak mahu tunduk dengan hokum hakam al quran dan tidak mahu mengamalkan al quran.

Saya menegaskan dengan setegas-tegasnya , setiap orang Islam wajib membaca ,memahami dan mengamalkan Al Quran , Firman Allah SWT bermaksud :bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan.(al Ankabut 45)

Firman Allah SWTbermaksud :dan Aku diperintahkan supaya tetap menjadi dari orang-orang Islam (yang menyerah diri bulat-bulat kepadaNya),Dan supaya Aku sentiasa membaca Al-Quran". oleh itu, sesiapa Yang menurut petunjuk (Al-Quran dan beramal dengannya) maka faedah perbuatannya itu akan terpulang kepada dirinya sendiri, (An Naml 91-92)

Firman Allah SWTbermaksud:kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa Yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.(Surah Toha 123)

Firman Allah SWT bermaksud :"Dan sesiapa Yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka Sesungguhnya adalah baginya kehidupan Yang sempit, dan Kami akan himpunkan Dia pada hari kiamat Dalam keadaan buta".ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku Dalam keadaan buta, padahal Aku dahulu melihat?". Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadaMu, lalu Engkau melupakan serta meninggalkannya, dan Demikianlah Engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan".dan Demikianlah Kami membalas orang Yang melampaui batas dan tidak beriman kepada ayat-ayat keterangan Tuhannya; dan Demi Sesungguhnya azab akhirat itu lebih berat dan lebih kekal.(Surah toha 124-127)

Malangnya hari ini , umat Islam terkejut dan terkedu apabila melihat orang kafir membaca al Quran sedangkan tawaran kepada umat Islam sendiri dibiarkan begitu sahaja

Rasulullah SAW bersabda Bermaksud :Orang yang mahir membaca al Quran akan bersama dengan para Nabi dan Rasul sedangkan orang yang membaca al Quran secara “merangkak-rangkak” ketika membacanya , baginya dua pahala.(6670 sahih al Jami’)

Umat islam masih tersipu-sipu malu untuk membaca al Quran walaupun ganjarannya begitu lumayan sekali Rasulullah SAW bersabda Bermaksud :Barangsiapa yang membaca satu huruf al Quran , baginya satu pahala , satu pahala akan digandakan dengan sepuluh kali ganda .Aku tidak mengatakan alif laam miim satu huruf , tetapi alif satu huruf , lam satu huruf dan mim satu huruf.(2910 sunan Tirmizi)

Malang sekali umat Islam sudah jauh berpaling dari mendekati al Quran .Golongan dewasa begitu sibuk dengan mencari kehidupan dan harta , tekun mengikuti turun naik saham dan berita sensasi di media massa sehingga tidak sempat membaca al Quran apatahlagi memahaminya , maka kehidupan pun jauhlah dari panduan al Quran.

Golongan remaja pula sibuk mengikuti perkembangan gossip artis , ahli sukan , perkembangan terbaru telifon bimbit dan dunia keremajaan .Sanggup bersengkang mata sehingga jauh malam untuk menonton perlawanan bolasepak tanpa menjelingpun kepada naskah al Quran yang sangat rindu untuk didakap dibuka dan dibaca.

Pelajaran al Quran diletakkan dihujung-hujung silibus pengajian formal ataupun tidak formal malah ada cadangan al quran dibaca dengan tulisan rumi walaupun Muzakarah fatwa Kebangsaan pada persidangannya ke 24 pada tahun 1989 memutuskan bahawa haram menulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada ayat al Quran dengan tulisan yang bukan huruf arab atau bukan tulisan al Quran , untuk mengejar matlamat agar setiap anak-anak khatam juga al Quran 30 juzu’ secara kosmetik sahaja walaupun dengan membacanya dengan tulisan rumi.

Marilah kita kembali kepada al Quran!